Pelakon Tony Eusoff mendedahkan dia teringin untuk menampar seorang pelakon kerana didakwa tidak memberi kerjasama sewaktu menjalani penggambaran beberapa tahun dahulu.
Artikel Berkaitan: Tony Eusoff Nafi Ada Video Lucah – ‘Siapa Percaya Dia Tertipu, Yang Sebarkan Tak Bertanggungjawab’
Artikel Berkaitan: Tony Eusoff Belum Terfikir Nak Kahwin, Mahu Fokus Jaga Ibu – ‘Dia Duduk Seorang Di Kampung’
Tampar pelakon
Enggan mendedahkan identiti, Tony bagaimanapun memberi bayangan individu itu adalah seorang aktres yang kini sudah memakai tudung dan bersara dari dunia seni.
Jelasnya, disebabkan sikap tidak profesioanal aktres terbabit yang suka datang lewat, pihak produksi terpaksa menunda proses penggambaran.
Sepanjang karier saya setakat ini, ada seorang saja yang ingin saya tampar. Saya tak nak sebut nama dia. Nasib baik dia dah bersara, bukan Hairul Azreen. Saya tak sebut lelaki ke perempuan tapi sekarang dia dah pakai tudung.
Nak cakap ini adalah teamwork (penggambarab). Dah la cerita itu melibatkan ramai orang dan dia datang set tanpa apa-apa pencerahan, tanpa apa-apa penjelasan (sebab lewat).
Tak angkat phone apa semua, MIA (missing in action) macam itu saja. Orang semua tunggu dia, akhirnya tak jadi satu hari punya scene itu, tak jadi sebab dia.
Tony berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Sinar FM.
Dalam pada itu, Tony memberitahu individu tersebut berulang kali melakukan kesalahan sama dan tidak pernah menghiraukan tentang orang lain yang bekerja keras untuk penggambaran itu.
Okay kalau sekali tak apa, saya boleh maafkan. Mungkin dia sakit ke apa, mungkin dia tiba-tiba beranak. Tapi next day dia datang dengan tanpa bersalahnya, tak apa sekali lagi saya bagi peluang.
Masalahnya berlaku kali kedua dan ketiga, saya rasa geram (sambil buat aksi nak cekik). Tapi kita habiskan kerja dulu. Masa itu pun dah hujung-hujung (penggambaran), masing-masing dah stress.
Tak payah cakap penat pelakon la, penat kru, penat tenaga produksi yang lain. Awak menyusahkan orang lain, awak tak respect masa orang lain. Itu saja pengalaman yang paling teruk untuk pengalaman saya setakat ini.
Sumber: TikTok