berita

Tony Eusoff Nafi Ada Video Lucah – ‘Siapa Percaya Dia Tertipu, Yang Sebarkan Tak Bertanggungjawab’

November 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tony Eusoff

Pelakon senior, Tony Eusoff menafikan individu yang tular dalam sepotong video lucah merupakan dirinya.

Artikel Berkaitan: ‘Mak Kau Tak Ajar Dari Kecil Ke?’ – Tony Eusoff ‘Sembur’ Individu Anggap Sumbangan Tuala Wanita Memalukan

Artikel Berkaitan: ‘Nak Menang Macam Mana Tu, Pakai Bomoh?’- Tony Eusoff Respon Impian Finas Ke Oscar

Video palsu

Tony Eusoff

Ketika ditemui OhBulan! Tony berkata dia sedia maklum mengenai perkara itu selepas beberapa rakannya menunjukkan video tersebut kepadanya.

Bagaimanapun tegas Tony, orang ramai sudah tertipu dengan video berkenaan dan menjelaskan video itu adalah palsu.

Video itu palsu, saya akan abaikan perkara itu kerana langsung tidak memberi manfaat kepada saya.

Orang yang sebarkan itu memang tidak bertanggungjawab, kalau nak cari orang bersalah adalah orang yang sebarkan video itu.

Saya tidak buat perkara sebegitu, macam-macam malapetaka yang telah terjadi dekat dunia ini.

Ada rakan-rakan saya hantar video itu dan mereka menyokong saya dengan mengatakan video itu adalah palsu.

Siapa yang percaya mereka memang tertipu, saya menafikan itu ialah saya. Malah, bekas kekasih saya pun tahu video itu palsu.

Sementara itu, ketika disoal adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang menfitnah dirinya, Tony menjawab dia tidak akan berbuat demikian.

Saya rasa tiada guna untuk ambil tindakan dengan perkara begini. Jangan sebarkan perkara yang tidak bagus.

Dalam masa sama, aktor berusia 46 tahun itu berkata, kontroversi terbabit tidak langsung menjejaskan nama baik dan kerjaya seninya.

Buat masa ini, perkara itu tidak menjejaskan nama baik saya pun. Kerana apabila saya bekerja, saya akan kerja dengan sepenuh hati.

Saya selalu berikan yang sebaiknya dalam setiap kerja yang saya buat. Seikhlas hati saya lakukan, kalau tak percaya boleh tanya mana-mana produksi yang pernah mengambil saya berlakon.

Terdahulu, kecoh di platform X mengenai sepotong video memperlihatkan seorang individu lelaki sedang beronani di atas katil.

Segelintir netizen telah mendakwa individu dalam video terbabit merupakan Tony.

SKIP THIS AD ×