berita

Trailer : Jeremy Renner Tampil Dalam Filem “Hansel & Gretel Witch Hunter”

September 12th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Bukan semua ahli sihir disifatkan baik seperti yang kita tonton dalam filem Harry Potter. Realiti kehidupan ahli sihir sebenar mungkin seperti yang akan kita tonton dalam filem berjudul “Hansel & Gretel Witch Hunter”.

Filem terbaru arahan Tommy Wirkola bakal menampilkan Jeremy Renner dan Gemma Arterton yang akan memburu ahli sihir jahat diseluruh dunia. Kisah ini bermula apabila Hansel dan Gretel mengalami trauma ketika kecil apabila mereka diserang oleh ahli sihir yang jahat.

Kedua-duanya kemudian membesar bersama dan menjadi pemburu ahli sihir yang dikenali. Persoalannya, adakah mereka mampu membunuh kesemua ahli sihir dengan skill biasa?

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 10 Januari 2013. OHBULAN! sendiri sudah tidak sabar menanti filem ini. Jom tonton trailer Hansel & Gretel Witch Hunter selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×