berita

“Transformer 4” Di Pawagam Tahun 2014, Tampilkan Aktor Kacak Mark Wahlberg

November 9th, 2012 | by Ai
Hollywood

Baru saja terdengar perkataan “Transformer”, cepat-cepat OHBULAN! dapatkan info terbaru tentang filem yang mempunyai peminat tersendiri diseluruh dunia ini.

Selepas berjaya dengan 3 siri filem sebelum ini, Michael Bay kini sudah dalam perancangan untuk menjalankan penggambaran “Transformer 4” yang akan mengambil tempat di pawagam pada bulan bulan Jun 2014. Tidak sampai 2 tahun dari sekarang, para penggemar filem bakal menyaksikan sebuah lagi filem terhebat dalam sepanjang zaman dan OHBULAN! pasti Michael Bay tidak akan menghampakan para penonton.

Untuk pengetahuan anda, filem pertama “Transformer” telah berjaya mengutip keuntungan melebihi  $700 juta diseluruh dunia. Manakala filem kedua yang berjudul “Transformer: Revenge Of The Fallen” pula telah mencatat keuntungan lebih $830 juta pada tahun 2009.  Anda mungkin boleh jangka sendiri, ya, filem ketiga iaitu “Transformer: Dark Of The Moon” telah mencatat lebih $1 billion dan ianya berjaya menduduki tempat ke-5 kutipan tertinggi sepanjang sejarah perfileman Hollywood.

Mahu tahu apa yang lebih menarik? Mark Wahlberg atau nama sebenarnya Mark Robert Michael Wahlberg, 41, bakal dijadikan penyambung legasi Transformer selepas Michael Bay kagum dengan kerjasama pelakon berbadan sasa ini untuk filem “Pain and Gain”.

“Mark sangat bagus. Kami gembira dapat bekerjasama dalam filem “Pain and Gain” dan saya tidak sabar untuk kembali bekerja dengannya. Pelakon berkaliber sepertinya adalah orang yang paling sesuai untuk menyambung legasi Transformer,” jelas Bay.

Apa pun, kami sendiri sudah tidak sabar untuk menunggu filem yang bakal menaikkan adrenalin ini di pawagam nanti.