Foto: Sky News
Pasangan pengantin dari Iraq, Revan dan Haneen yang menyaksikan majlis perkahwinan mereka berakhir dengan tragedi yang meragut lebih 100 nyawa tampil mendedahkan bahawa mereka tidak lagi mampu untuk tinggal di kampung mereka ekoran trauma melampau yang menyelubungi diri ketika ini.
Artikel Berkaitan: 100 Orang Maut Dalam Tragedi Kebakaran Di Majlis Perkahwinan
Salahkan pengurus dewan
Memetik laporan portal Sky News, Revan dan isterinya mengakui hati serta jiwa mereka hancur dengan kematian beramai-ramai itu meskipun mereka sempat menyelamatkan diri melalui pintu dapur dewan tersebut.
Kami tidak boleh tinggal di sini lagi. Setiap kali kami cuba untuk merasakan kegembiraan dan kebahagiaan, kami pasti akan memperingati tragedi tersebut.
Ya memang kami hidup ketika anda menemu bual kami tapi hakikatnya, dalaman kami sudah ‘mati’. Jadi, lebih baik kami pergi dari sini.
Sementara itu, Revan berpendapat bahawa bunga api yang meletus ketika majlisnya itu tidak wajar dipersalahkan sebaliknya pengurus dewan yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas tragedi hitam yang berlaku.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai tragedi kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Revan dan Haneen.
Tragedi tersebut turut meragut 15 ahli keluarga Revan manakala Haneen kehilangan 10 orang ahli keluarga termasuk ibu dan abangnya.
Sumber: Sky News