berita

100 Orang Maut Dalam Tragedi Kebakaran Di Majlis Perkahwinan

September 28th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pada Rabu lepas, telah berlaku satu kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di daerah Hamdaniya,Nineveh Iraq.

Artikel Berkaitan: Remaja Melecur Separuh Badan, Mahu Kejar Impian Jadi Bomba

Artikel Berkaitan: Bateri Lithium-Ion Meletup, Lima Kereta Musnah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah 100 Peratus Dijilat Api, Al-Quran & Tasbih Ditemui Dalam Keadaan ‘Sempurna’

Bahan binaan yang mudah terbakar

Menerusi laporan Reuters, lebih 100 orang yang terbunuh dan 150 orang cedera dalam kebakaran tersebut. Timbalan Gabenor Nineveh Hassan al-Allaq turut menyatakan bahawa sebanyak 113 orang telah disahkan meninggal dunia.

Menurut media tempatan, pengantin perempuan dan juga lelaki antara mangsa kejadian tersebut.

Menurut pertahanan awam tempatan, kebakaran berlaku selepas bunga api dinyalakan semasa majlis perkahwinan itu berlangsung.

Maklumat awal menunjukkan bahawa bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar menyebabkan berlaku keruntuhan dengan cepat.

Dalam pada itu, saksi di lokasi kejadian berkata, bangunan itu terbakar sekitar jam 10.45 malam dan ratusan orang hadir pada masa kejadian.

Menurut kenyataan rasmi kerajaan, ambulans dan petugas kesihatan sudah dikerah ke lokasi untuk membantu mangsa kebakaran tersebut.

Disebabkan itu, mangsa yang cedera dihantar ke hospital di seluruh wilayah Nineveh, manakala berpuluh orang telah tiba di hospital utama di Hamdaniyah untuk menderma darah bagi membantu mangsa.

Sumber: Reuters

SKIP THIS AD ×