Trend ’67’ kini semakin menjadi ikutan di media sosial terutamanya di platform TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Tegur Trend TikTok ‘Aku Berlutut? Tidak Akan’ – ‘Lawak Ada Batasnya, Jangan Main-Main Dengan Perkara Dilarang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikut Trend TikTok, Netizen Terhibur Ebit Lew Tiru Dialog KL Gangster – ‘Jangan Macam Tu Ustaz, Lari Nanti Makmum Dalam Masjid’

Trend ’67’

@overtime

COLLAB OF THE CENTURY 🔥🔥🔥 #67 #skrilla

♬ original sound – Overtime

Trend ini pada awalnya bermula daripada sebuah video yang memaparkan seorang remaja menjerit angka tersebut dan sekali gus menjadi bahan jenaka di seluruh dunia.

Namun, siapa sangka tidak lama selepas itu muncul satu naratif yang mendakwa angka ini dengan simbol kepercayaan tradisi Santeria dari Afro-Caribbean.

Malah terdapat dakwaan mengatakan bahawa angka tersebut mempunyai kaitan dengan entiti atau ritual sehingga mencetuskan panik dalam kalangan ibu bapa.

Bagaimanapun, kebanyakan individu yang mengikuti trend itu tidak mengetahui maksud di sebaliknya.

Dari perspektif syarak, menyebut angka tertentu bukanlah suatu kesalahan namun, apa yang ditegah adalah gaya yang menyerupai ritual atau identiti kepercayaan lain.

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka.” (HR Abu Daud)

Meskipun sekadar mengikut trend tanpa pengetahuan tidak boleh disamakan dengan perlakuan yang disertakan niat atau kefahaman ritual, Islam tetap menggariskan adab dalam berjenaka mahupun mengikuti trend semasa.

إِنِّي لَأَمْزَحُ وَلَا أَقُولُ إِلَّا حَقًّا
Maksudnya: “Aku bergurau, tetapi aku tidak berkata kecuali yang benar.” (HR Tirmizi)

Selain itu, jangan mudah meniru sesuatu gaya atau sebutan jika kita tidak pasti asal usulnya.

Untuk info, lagu Doot Doot (6 7) merupakan nyanyian rapper dari Amerika Syarikat iaitu Skrilla.

Sumber: Waktu Solat Malaysia, TikTok, Threads