berita

Trip Buddies Ke Korea Selama 13 Hari Dengan Bajet Tak Sampai RM3K!

November 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Travelogue

Hujung tahun pasti ramai yang tertanya-tanya hendak pergi bercuti di mana. Disebalik kes rakyat Malaysia dihalau pulang oleh pihak imigresen di sana, itu tidak mematahkan semangat gadis ini untuk menjadikan Korea sebagai destinasi pelancongan dirinya bersama rakan.

Menerusi Facebook, Shafika Suhaimi berkongsi tips percutian ke Korea. Dia berkongsi pengalaman dan bajet yang diperuntukkan selama 13 hari di sana. Apa yang menarik, kos keseluruhan bagi percutian kali ini di bawah RM3000 sahaja! Tidak termasuk makan dan shopping tau.

Trip ke Korea selama 13 hari

Trip Korea 13 hari (Busan-Jeonju-Jeongjeup-Seoul-Sokcho (Mount Sorak)- Seoul)

Cost Breakdown

Flight : RM720 + RM239 (Makan + Luggage pergi 20kg, balik 30kg (can get more cheaper since semua benda iolss beli separate, kihkih)
Guest House : 1352/2 = RM676
Internet : 146/2 = RM73 (Recommended! Roaming Man, No deposit and laju giler. Atas bukit semua dapat!)
Insuran : RM89 (Etiqa360)
Everland : RM142 incl bas transfer (Beli kat Klook, advice to take bas transfer more convenient)

Kos selama berada di sana


T-Money : KRW 100,00
Bus Gimhae Busan Airport to Busan : KRW 6,000
Danubi Train Taejondae : KRW 3,000
Bas ke Jeonju : KRW 24,400
Taxi Ke GH Jeonju : KRW 5,300/2 = KRW 2,650
Tiket bas Jeonju-Jeongeup-Naejangsan : KRW 6,500
Simpan Beg Bus Station Jeonggeup : KRW 4000
Entrance Naejangsan&Cable Car : KRW 12,000
Tiket bas Ke Seoul : KRW 23,200
Tiket bas Ke Sokcho : KRW 20,300
Bas ke GH in Sokcho: KRW 1,400 (Tak boleh guna T-Money)
Bot Abai Village : KRW 1000
Bas Ke Mount Seorak : KRW 2,800 return (Tak boleh guna T-Money)
Entrance + Cable Car Mount Seorak : KRW 13,500
Bas balik ke Seoul dari Sokcho : KRW 20,300
Namsam Tower Entrance : KRW 13,500 incl sharing popcorn air haha
ITX to Nami Island : KRW12,700 (Ni pun sis keliru, ada cakap boleh guna T-Money. Ada cakap beli separate)
Bus Limousine To Incheon Airport : KRW 15,000

Total : RM1939 + KRW 184,250 (Tukaran 0.0036 = RM663 (genapkan)
RM1939+ RM 663= RM2602 exclude shopping and makan

Hari-hari ke Myeongdong

Budget untuk makan adalah 10k won satu dish, so imagine la setiap kali makan RM 36 hehe. Kos makan and shopping kami spare 1.5k sahaja termasuk beli air susu hari hari. Mostly entrance kat Busan semua FREE! Shopping is a must even plan asal taknak shopping. Memang rambang mata tengok skincare!

For transportation actually korang boleh jimat lagi since we olss hari hari ke Myeongdong, kos setiap kali touch KRW 1,250. And banyak jugak silap exit. Haha. Touch lain pulak! Kos lagi! Iolss guna naver maps je walaupun kadang-kadang hanat jugak, cumanya bas kau nak sampai seminit lagi pun kau tahu and sangat tepat! Best!

Banyak tempat yang menarik

Location :

Ahad 3/11
Jalan area BFF Square

Isnin 4/11
Taejondae
Okyukdo
Gamcheon Village
Jagalchi
BFF Square

Selasa 5/11
Bus – Jeonju
Round Jeonju Hanok Village (Cantik and better dari Seoul)
Jaman Mural Art
Rehat

Jungang Market wajib kena pergi

Rabu 6/11
Bas ke Jeongjeup – Naejangsan
Naejangsan hiking half way 0.4km tp penat giler! Pls do research, well prepare ok! (Lawa giler ???)
Bas Naejangsan-Jeongjeup-Seoul

Khamis 7/11
Bas ke Sokcho
Pantai Sokcho
Abai Village (Tempat Autumn in my Heart)
Jungang Market (Wajib! best giler!)
Night Market Sokcho

Jumaat 8/11
Mount Seorakan enjoy hiking sikit
Balik Seoul jem teruk so sampai lewat terus check in tidur

Sabtu 9/11
Namdemuan Market
Namsam tower
Myeondong

Ahad 10/11
Ewha University
Hongik University
Itaewon makan di EID, memang menapak gugur lemak nak sampai
Itaewon Mosque
Myeondong

3 jam dari Seoul nak ke Nami Island

Isnin 11/11
Everland
Dongdameun Design Plaza
Dotta Mall
Cheonggyecheon Stream (Kebetulan ada festival belah lain, sejam menapak turun naik train belah lain) Cis! Tapi worth it!
City Hall
Myeondong

Selasa 12/11
Hanok Buchon Village
Changdeokgung Palace (Gyeongbokgung tutup hari Selasa)
The Ordinary Outlet (Jauh jugak ke sini)
Starfield Coex Library
Myeondong

Rabu 13/11
Hangang River
Nami Island (Tempat ni lebih kurang 3jam dari bandar Seoul)
Gamcheon Rail Bike (Tak jadi sebab hujan plus kaki sakit giler dh)
Myeondong

Khamis 14/11
Haneul Park (Lalang bukan sebarang lalang)
Yeuido Park (boleh berbasikal tapi we guys dah sejuk 3darjah celcius)
Hongdae Street
Myeondong

Jumaat 15/11
Balik

Rancang perjalanan betul-betul

Korang sebenarnya boleh rancang lebih awal mana dekat, mana jauh. Janganlah jadi macam kami. Haha. Sebab tak tahan lapar patah balik area Myeondong. Agak jauh. So terpaksa pergi balik route transportation yang sama. Makan masa okay! Plan your destination, follow Road To Korea (RTK) rapat rapat.

Makanan halal di Itaewon & Myeondong

Tips makanan halal, bawak la meggi sambal-sambal but please jangan bawak instant ayam daging buah-buah ke apa. Nanti sangkut kat Imi, tak jadi holiday kita. Bawak sardin ok! Spare makanan time jalan sebab haish susah la cari makanan halal area lain selain itaewon or myeondong. Mencari yang halal itu fardu! And makanan di Korea sangatlah sedap! Bukan macam kt Malaysia bau soju plus tak mandi.

Antara momen indah berada di Korea

Sumber: Shafika Suhaimi