Bayangkan klien pertama yang melangkah masuk ke firma guaman baharu anda ternyata seorang hantu. Itulah elemen menarik di dalam siri drama Phantom Lawyer yang telah mula ditayangkan serentak di Korea pada 13 Mac lalu di platform Tonton.

Artikel Berkaitan: Ms. Incognito: Di Sebalik Rahsia, Ada Cinta Yang Tersembunyi

Artikel Berkaitan: Demi Idola, Peguam Sanggup Jadi Spy? Choi Soo Young Terpaksa Sembunyi Identiti ‘Fangirl’ Dalam Drama IDOL I

Phantom Lawyer

Drama ini menggabungkan tema guaman, fantasi, aksi, dan misteri, sekaligus menyajikan penceritaan penuh kejutan untuk penonton.

Diarahkan oleh pengarah terkenal Shin Joong-Hoon, drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yoo Yeon-Seok, Esom, Kim Kyung-Nam, Jun Suk-Ho, dan Kim Mi-Kyu, menjanjikan lakonan yang penuh intensiti dan watak-watak yang memukau.

Phantom Lawyer mengisahkan Shin Yi-Rang (Yoo Yeon-Seok), seorang peguam yang baru menubuhkan firma guamannya di sebuah rumah lama milik seorang bomoh. Tidak lama selepas itu, Yi-Rang mula menyedari bahawa dia memiliki kemampuan luar biasa, iaitu boleh melihat roh yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Tanpa disangka, roh-roh yang masih memendam penyesalan dan urusan yang belum selesai mula mendekati Yi-Rang sebagai “klien”, memohon bantuan untuk menuntut keadilan yang tidak sempat mereka peroleh semasa hidup.

Sementara itu, Han Na-Hyun (Esom), seorang peguam elit dari firma guaman terkemuka dengan rekod kemenangan hampir sempurna, menghadapi kejutan apabila tewas kepada Yi-Rang dalam satu perbicaraan. Kekalahan ini secara tidak langsung mempertemukan mereka dalam dunia kes yang penuh misteri.

Akhirnya, mereka berganding bahu menyelesaikan pelbagai kes rumit yang merentasi dunia manusia dan alam ghaib, membawa penonton menyelami gabungan drama, misteri, dan fantasi yang unik.

Jangan terlepas menyaksikan Phantom Lawyer bermula 13 Mac 2026 di Tonton, disiarkan serentak bersama siaran Korea dengan episod baharu setiap Jumaat dan Sabtu, jam 10.30 malam.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, X, TikTok, dan Instagram di @tontonmy