Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga pelancong luar negara. Kejernihan air laut yang kebiru-biruan serta pemandangan menarik sememangnya menjadi tumpuan orang ramai.
Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Csm Cahaya Sakinah ada berkongsi tips percutian sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke Pulau Redang selepas trip ke Maldives terpaksa dibatalkan.
Bercuti ke Pulau Redang
Unplan trip after Maldives cancel. Patutnya tiket flight malam 29 June 2020. But it’s okay. Pulau Redang pun best la. Pakej Redang Beach Resort RM389/pax. For me good service dan bajet around 1k for 2 person. Very cheap kan. Pakej all in tau. Korang standby duit nak jalan-jalan dekat sana.
Tips waktu PKPP ikut SOP
– Bawa peralatan goggle mask sendiri sebab waktu MCO/PKPP tak di galakan berkongsi peralatan. (Boleh beli dekat DECATHLON paling basic RM39)
– Life jaket boleh sewa dengan Snorkeling center. Rm15/pcs untuk sepanjang kita berada di pulau. Jaga elok-elok kalau hilang kena denda tau.
– Kalau sejenis suka kudap-kudap atau makan jajan. Kina nasihatkan bawa sesiap dari seberang laut. Sebab harga dekat Pulau sekali ganda mahal. Air mineral botol kecik pun RM3 ya. But its okay kalau tak bawa pun. Boleh tolong jana ekonomi Pulau Redang semula.
– Bawa Roti Putih Gardinia or apa-apa brand yang murah. Bawa la 5-6 buku pon tak pe. Roti ni tujuan nak umpan ikan bagi datang kat kita then nak ambil gambar or video lawa la ka. Boleh refer video dan gambar-gambar Kina. Dekat kami ja ikan banyak sebab memang kina bawa roti tuk makan dari jeti lagi. Sekali sudahnya semua bagi ikan makan.
Aktiviti bagi makan ikan
– Roti buku besar ada dekat Pulau 7 ringgit ya anak-anak. Wahh mewah ya makanan kau ikan. Tak pe kongsi rezeki dengan haiwan moga makin bertambah rezeki kita kan.
– Cara nak umpan ikan korang masukkan roti dalam botol mineral then nanti masukan dalam air picit sikit-sikit. Aaa curlas gambar korang banyak ikan kerumun.
– Kalau tak de GohPro tak pe. Tak yah sesedih. Pergi ja sewa Underwater Digital Camera dekat reception resort. RM80 untuk satu hari. For me berbaloi sangat.
– If nak sewaa Gohpro kalau KL 6 days Rm300. Bagi Kina still berbaloi sebab gambar dan video lawa-lawa.
– Make sure pakai baju dan seluar khas memang untuk berenang or mandi manda. Ni sebabnya mengelakkan baju terselak seksi. So cari je dekat kedai sukan or Decathlon yang murah-murah banyak. Lagi satu baju khas untuk berenang ni tak melekat macam t-shirt biasa kita dan ringan dalam air so senang nak begerak.
Banyak tempat menarik
– Port OOTD banyak. So bawa la baju pantai lebih. Make sure datang dengan partner yang rajin melayan kau bergamba. Kalau dia malas kau tinggal. Rugi je bawa tak boleh tolong?
– Yang ni ramai tanya siapa amikan gambar kami berdua. Actually jarang sangat kami minta tolong orang ambilkan gambar.
– Haa nak tambah lagi. Dalam pakej hanya ada 3x Snorkeling je tau. Kalau korang nak tengok penyu kena +40 ringgit. Ni boleh bayar dekat kaunter snorkeling terus. Lagi satu kalau lepas snorkeling pukul 2.30pm tu then balik untuk hi-tea. Kalau ramai nak tengok penyu korang join ja terus. Waktu MCO ni tak ada pelancong luar so kalau tak cukup 10 orang trip Penyu cancel tau.
Pakai mask dan ikut SOP
– Make sure bawa mask dan pakai ya. SOP waktu MCO/PKPP ni agak ketat. Senang cakap semua tempat nak masuk kena tulis nama dan Scan suhu. So for me InshaAllah selamat untuk bercuti dalam Malaysia. Terbaik negara kita.
– Dekat area kafe ada banyak tupai jinak. Kalau nak, Cik pai datang dekat umpan ja kekacang or buah-buah. Cute sangat datang ambil makan kat tangan kita. Kalau bawa anak-anak lagi seronok.
– Okay waktu MCO/PKPP ni korang boleh je bawa anak-anak datang Pulau Redang. Tiada pengecualian. Sekarang adalah waktu terbaik nak bercuti sebab tak ramai pelancong, pantai cantik, coral lawa dan suasana tenang sangat-sangat.
– Overall Kakina bagi 10, dekat Redang Beach Resort +10. Dekat Pulau Redang. Sumpah tak mengecewakan. Tour guide kami pun baik sangat-sangat.
– Bagi yang Islam jangan lupa bawa telekung dan sejadah. Kina tak sure resort ade sediakan ke tak.Tapi kalau travel memang Kina standby sendiri senang. Tak suka nak kongsi telekung. Rasa lebih selesa.
Sumber: Csm Cahaya Sakinah