Pelakon Korea Selatan dan ahli kumpulan Astro, Cha Eun-woo, disiasat kerana didakwa mengelak pembayaran cukai berjumlah 20 bilion won (kira-kira RM55 juta).

Artikel Berkaitan: Cha Eun Woo Dah Gunting Rambut, ‘Standby’ Masuk Kem Tentera

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Terjah Jungkook, Cha Eunwoo & Jaehyun ‘Mengopi’, Netizen Suruh Peminat Jaga Adab! – ‘Alamak, JK Bagi Side Eyes Lah

Elak cukai?

Memetik maporan Channel News Asia, siasatan itu dilakukan oleh Perkhidmatan Cukai Kebangsaan (NTS) pada Julai tahun lalu sebelum Eun-woo mendaftarkan diri untuk perkhidmatan ketenteraan. 

Difahamkan, pelakon kacak itu menubuhkan sebuah syarikat agensi di atas nama ibunya walaupun dirinya berada di bawah naungan syarikat Fantagio.

Eun-woo dikatakan menggunakan syarikat yang ditubuhkan ibunya sebagai perantara untuk membahagikan pendapatannya bersama agensi Fantagio dan syarikat itu sendiri.

Hasil siasatan mendapati syarikat milik ibunya itu hanyalah sebuah ‘syarikat kertas’ iaitu syarikat kosong tanpa operasi sebenar.

Malah lokasi syarikat tersebut berdaftar di lokasi terpencil di Pulau Ganghwa (tidak logik untuk perniagaan hiburan).

Selain itu, syarikat itu tidak melakukan apa-apa kerja pengurusan dan semua kerja dilakukan oleh Fantagio. Malah, banyak kereta mewah import dibeli dan didaftarkan atas nama syarikat untuk mengurangkan cukai.

Menurut sumber, Eun-woo didakwa berbuat demikian kerana mahu mengelak bayaran cukai pendapatan individu yang berjumlah 45 peratus berbanding kadar cukai korporat yang lebih rendah iaitu 20 peratus.

Susulan daripada itu, agensi Fantagio turut terpalit dan dikenakan denda 8.2 bilion won iaitu kira-kira RM22.6 juta kerana didapati memproses invois palsu daripada syarikat ibu Eun-woo tersebut.

Eun-woo dan ibunya telah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Eun-woo kini sedang menjalani latihan ketenteraan dan dijangka tamat pada Januari 2027.

Sumber: Channel News Asia