berita

Tuduh Rita Rudaini & Lufya Omar Anti Vaksin, Fara Hanim Mengaku Salah, Tampil Minta Maaf Secara Terbuka

May 31st, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila seorang pengacara Fara Hanim Razak mendakwa dua orang jirannya dalam kalangan artis merupakan anti vaksin kerana sering menyebarkan dakyah rebus bunga cengkih untuk elak virus Covid-19. Bukan itu sahaja, Fara Hanim memuatnaik satu tweet dengan mendedahkan nama kedua-dua pelakon tersebut bermula dengan huruf RR dan LL.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Depan-Depan’ – Rita Rudaini Berang Digelar Antivaksin

Meskipun tidak menyebut nama sebenar, tetapi kebanyakan netizen beranggapan individu yang dimaksudkan Fara Hanim adalah Rita Rudaini dan Lufya Omar.

Fara Hanim minta maaf

Berikutan daripada dakwaan tersebut, Rita Rudaini ada memuatnaik satu perkongsian di Instagram menempelak tindakan Fara Hanim selain mendesak pengacara terbabit untuk bersemuka dengannya bagi menjelaskan tentang dakwaan yang dilemparkan itu.

Terbaru, Fara Hanim Razak menerusi akaun Instagram miliknya ada membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Rita Rudaini dan Lufya Omar berhubung dakwaannya yang mengatakan kedua-dua pelakon itu anti vaksin.

Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini.

Berdasarkan screenshot mesej yang dikongsikan, Fara Hanim meminta maaf dan mengakui akan kesalahan serta keterlanjurannya dalam berbicara sehingga membuatkan ramai yang terguris hati.

InshaAllah, Anim perbaiki diri Anim yang serba kekurangan kelemahan ini untuk menjadi insan yang lebih baik, yang berkasih sayang, yang positif untuk semua orang. Terima kasih atas hikmah ini, Anim sambut dengan hati yang tenang supaya Allah lebih dekatkaan hati Anim dengan-Nya dan dengan hamba-Nya yang lain.

Permohonan maaf secara terbuka

Sumber: Fara Hanim Razak

SKIP THIS AD ×