Pelakon dan pengarah Farid Kamil mendakwa kenyataan dibuat oleh isterinya, Diana Danielle berhubung dakwaan dia mengurung anak perempuan mereka, Nur Aurora adalah tidak benar.
Artikel Berkaitan: ‘Trip Ke Mekah Saya Bayar Untuk Semua’ – Diana Danielle Dedah Farid Kamil Tak Bayar Nafkah 4 Bulan?
Farid dakwa difitnah?
Menerusi perkongsian di IG Story, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Diana baru-baru ini berhubung isu rumah tangga mereka bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat.
Assalamualaikum, sebagai makluman ‘umum’ ke atas kenyataan Diana Lee Beeson di Instastory. Kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis yang telah dibuat.
Ujar pelakon berusia 42 tahun ini lagi, dia akan mengemukakan segala tuduhan yang dibuat oleh isterinya itu sewaktu perbicaraan di mahkamah kelak.
Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan diperdengar di mahkamah.
Terdahulu, Diana ada memuat naik satu kenyataan di IG Story mendedahkan Farid pernah melakukan penderaan terhadap anak perempuan mereka termasuk menengking dan mengurungnya di dalam sebuah bilik. Dakwa Diana lagi, Farid juga sudah empat bulan tidak membayar nafkah malah kos ibadah umrah baru-baru ini juga dibayarnya sendiri.
Perkongsian IG Story Farid
Sumber: Farid Kamil