berita

Tuduhan Miliki Dadah: Kes Benjy Akan Disebut Semula

August 26th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

benjy2

Umum sedia maklum bahawa pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim pernah ditangkap buat kali kedua berkaitan dadah pada bulan Jun yang lepas.

Anak kepada aktres Azean Irdawaty ini ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis syabu.

Benjy bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Majistret Ampang.

Namun hari ini, Mahkamah Majistret Ampang telah menetapkan 11 September 2013 untuk sebutan semula kes pelakon itu dan lima rakannya atas tuduhan miliki dadah.

Pada 11 September itu juga nanti, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene akan mengemukakan cadangan untuk meminda pertuduhan yang dihadapi oleh kesemua tertuduh.

image

Sebelum ini pada 26 Jun 2013, media melaporkan Benjy bersama lima rakannya, Zain Amir Zainal Khairi, Imran Radzi, Asmanizam, Norazila, dan Afifi Hamidi didakwa memiliki beg mengandungi 4.7 gram methamphetamine di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi.

Namun antara keenam-enam tertuduh, hanya Zain Amir sahaja yang mengaku bersalah manakala lima yang lain minta dibicarakan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika disabit kesalahan.

Jika anda masih ingat, tidak lama selepas ditahan buat kali kedua, Benjy dilaporkan bercerai sekali lagi dengan isterinya, Safiya Stephance Kar-Leng pada 1 Ogos yang lalu.

Artikel berkaitan:

OHBULAN! tidak pasti apakah punca perceraian mereka namun desas desus mengatakan ianya berkaitan dengan kes penyalahgunaan dadah oleh Benjy yang tidak berkesudahan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×