berita

Tujuh Bulan Tak Dapat Gaji, Tujuh Pekerja Kilang Tekad Makan Racun Bersama-Sama

September 6th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tujuh pekerja kilang di India tekad menelan racun di tempat kerja gara-gara tidak dibayar gaji selama tujuh bulan, dalam satu kejadian di Indore, Madhya Pradesh, baru-baru ini.

Dakwa syarikat nak buang pekerja

Memetik laporan The Independent, tujuh orang pekerja di sebuah kilang pengeluar alat dapur itu tekad berbuat demikian selepas dimaklumkan mereka bakal dipindahkan ke kilang  yang lain.

Salah seorang daripada mereka mendakwa bahawa syarikat itu sebenarnya ingin membuang pekerja, namun mereka mengambil langkah yang lebih ‘halus’ untuk berbuat demikian.

Pemilik syarikat memberitahu kami bahawa kami perlu mendengar arahan daripada pihak pengurusan dan tidak boleh bertanya kepadanya.

Apabila kami pergi kerja pada hari ini di syarikat lama, mereka berkata tiada kerja untuk kami.

Kami tahu syarikat akan dapat pekerja lain dari Delhi dan Mumbai yang ada lebih banyak pengalaman dalam bidang yang sama.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh pekerja berkenaan dikatakan tidak menerima gaji secara tetap sejak tujuh bulan lalu.

Pekerja-pekerja tersebut sudah bersetuju dua hari lepas. Tapi lepas tiba di kilang sekitar 11 pagi, mereka menunjukkan bantahan terhadap pemindahan tersebut dan membuat percubaan ‘tamatkan nyawa’ dengan makan racun.

Mereka telah dibawa ke hospital.

Walau bagaimanapun, wakil syarikat berkenaan menafikan dakwaan tersebut, selain menambah bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan tentang rungutan tujuh pekerja berkenaan.

Sumber: The Independent

SKIP THIS AD ×