Pengacara Fiza Sabjahan berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika mengunjungi ke sebuah kilang roti baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cara Fiza Sabjahan & Fatin Hamimah Tebar Roti Canai Buat Netizen Berdekah Gelak! – ‘Macam Sp*nder Koyak Dibuatnya’

Artikel Berkaitan: Ketawa Sampai Terdiam Masa ‘Live’, Gelagat Fiza Sabjahan & Fatin Hamimah Curi Tumpuan – ‘Saya Nak Masuk Marhaban’

Makanan disediakan

Menerusi hantaran di Threads, Fiza atau nama lengkapnya Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, tersentuh apabila melihat pekerja kilang berkenaan telah disediakan makanan di kantin mereka.

Menurut Fiza, usaha tersebut sedikit sebanyak telah meringankan beban pekerja yang mungkin menghadapi masalah kewangan.

Semalam melawat sebuah kilang roti, bersih sangat dan tersusun. Tenang tengok suasana kerja di sana.

Tapi yang paling membuat hati tersentuh adalah mereka masih ada kantin untuk pekerja.

Tempat-tempat makan yang disediakan khas supaya pekerja tak perlu beli atau bawa bekal dari rumah.

Tiba-tiba rasa sebak sebab terfikir, kalau ada antara mereka yang tak cukup duit nak makan di rumah sekurang-kurangnya di tempat kerja mereka boleh isi perut.

Nilai kemanusiaan

Hos program Wanita Hari Ini itu turut kagum dengan inisiatif yang dilakukan syarikat dan telah membuktikan bahawa mereka mempunyai sifat prihatin terhadap pekerja.

Kadang-kadang nilai kemanusiaan bukan datang dari perkara yang besar atau kata-kata indah tapi dari perhatian dan keprihatinan kecil seperti ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pihak kilang tersebut kerana menjaga kebajikan pekerjanya berikutan tidak banyak syarikat yang menyediakan makanan.

Sumber: Threads Fiza Sabjahan