
Pelakon, Azar Azmi tidak dapat menahan sebak apabila kembali dipertemukan dengan sahabat lamanya, aktor Syazuwan Hassan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya & Dia Sama, Salah Pilih Pasangan’ – Vida Sifatkan Azar Azmi Lurus, Sentiasa Bersangka Baik
Jumpa kawan lama

Pertemuan tersebut berlaku ketika Azar dijemput melakukan sesi siaran langsung bersama sebuah jenama makanan tambahan.
Ketika sedang rancak mempromosikan produk, Azar dikejutkan dengan kemunculan Syazuwan yang hadir sebagai kejutan istimewa.
Reaksi spontan kedua-duanya jelas menggambarkan betapa eratnya hubungan persahabatan antara mereka.
Bukan sahaja Azar mengalirkan air mata, malah Syazuwan juga dilihat tidak mampu menyembunyikan perasaan sebak saat mereka kembali bertentang mata selepas tujuh tahun.
Perkongsian itu turut mengundang sebak dalam kalangan wargamaya apabila rata-rata di ruangan komen mengakui tersentuh melihat keakraban mereka, selain tumpang gembira.
Azar dan Syazuwan sememangnya dikenali sebagai rakan baik dalam industri, malah pernah beberapa kali digandingkan dalam naskhah.
Antara karya yang menemukan mereka di layar kaca termasuk Terbaik Dariku, selain beberapa projek lain yang turut meninggalkan impak kepada penonton.
Sumber: TikTok








