berita

Tukang Gunting Rambut Warga Asing Wajib Buat Swab Test Sebelum Beroperasi

June 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob melaporkan tukang gunting rambut warga asing perlu melakukan swab test terlebih dahulu sebelum memberi khidmat kepada para pelanggan.

Perlu buat swab test dulu

Menurut Datuk Ismail Sabri, kesemua tukang gunting rambut warga asing perlu membuat swab test terlebih dahulu sebelum memulakan operasi. Jika mereka disahkan negatif, mereka akan dibenarkan beroperasi. Tambahnya, tukang gunting rambut warga asing akan dikenakan denda sekiranya mereka tidak membuat test tersebut terlebih dahulu.

Pelanggan juga boleh meminta bukti daripada tukang gunting sekiranya mereka mengingkan kepastian sama ada tukang gunting rambut tersebut sudah menjalani swab test atau belum. Langkah tersebut juga merupakan salah satu langkah rakyat Malaysia membantu kerajaan bagi membanteras wabak yang sedang melanda.

Mengulas mengenai kes tukang gunting rambut yang positif di Setapak, beliau belum mendapat laporan terkini mengenai kes tersebut. Tambahnya, jika kes itu benar, premis kedai gunting itu akan ditutup. Penutupan tersebut akan berlaku juga kepada kilang, tapak pembinaan dan sebagainya sekiranya terdapat kes positif yang wujud. Selain itu, saringan juga akan dilakukan. Menurut beliau, pada masa ini kesemua data yang diperoleh akan digunakan untuk mengesan pengunjung yang mengunjungi premis berkenaan.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×