berita

Tukar ‘Bio’ & Padam Hampir 4 Ribu Gambar Di IG, Netizen Kagum Cara Neelofa Jaga Aurat

December 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Umum mengetahui, selebriti popular, Neelofa telah berhijrah dan mengenakan niqab pada bulan Oktober yang lalu. Menurut Neelofa, dia berharap netizen dapat mendoakan dirinya agar terus istiqamah dalam memperbaiki diri setiap hari.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’

Terbaru, Neelofa dipercayai telah memadam semua koleksi foto dan video yang tidak bersesuaian dengan imej barunya itu di laman Instagram. Menerusi pemerhatian netizen, Neelofa dipercayai telah memadam kira-kira 4 ribu posting setakat hari ini.

Kagum tengok perubahan dia

Menurut seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nur Atiqah, wanita ini kagum dengan Neelofa kerana selebriti tersebut dipercayai telah memadam kesemua foto dan videonya yang tidak bersesuaian dengan imejnya. Lebih terharu, Neelofa turut menukar ‘bionya‘. Jelas Atiqah, dia kagum melihat perubahan Neelofa dan berharap semua orang memperoleh hidayah seperti bekas pengacara Meletop itu.

Daripada 7k tinggal 2k

Menerusi pemerhatian admin, Neelofa kini mempunyai 2648 posting di Instagram berbanding sebelum ini iaitu 7568 posting. Kebanyakan posting yang ditinggalkan oleh Neelofa buat masa ini adalah momen-momen kenangan sewaktu menunaikan ibadah umrah dan haji di Tanah Suci Makkah bersama keluarga tersayang.

Di samping itu, terdapat juga kata-kata motivasi, petikan ayat al-Quran, video ceramah serta posting tidak memaparkan wajahnya yang hanya dikekalkan dalam akaun Instagram tersebut.

Sumber: Neelofa & Nur Atiqah

SKIP THIS AD ×