berita

[VIDEO] ‘Ya Allah Syukur Atas Hidayah’ – Tampil Berniqab, Neelofa Mohon Doakan ‘Perjalanan Baharu’

October 15th, 2020 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Siapa tidak kenal dengan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa, yang semakin menerpa nama sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau turut dipilih menjadi duta bagi produk kecantikan yang terkenal di seluruh dunia.

Terbaru, penampilan Neelofa menjadi tanda tanya orang ramai apabila dia dilihat memuat naik beberapa keping foto berniqab.

Doakan saya – Neelofa

Menerusi satu kenyataan, Neelofa memohon orang ramai mendoakan semoga dia terus istiqamah dalam perbaiki diri. Dia juga memohon ‘perjalanan’ baharunya ini sentiasa di dalam rahmat dan redha Ilahi.

‘Ya Allah syukur atas hidayah untuknya’

Malah, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini turut memuat naik momen dia memeluk Neelofa dengan erat sebaik melihat imej berniqab yang digayakan anaknya itu. Dia meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah mengamatkan bidadari terindah untuknya.

‘Sebak tengok’

Di ruangan komen, para peminat turut memuji imej terbaru yang dibawa dan sentiasa menyokong perkara baik yang dilakukan selebriti popular tersebut.

Sumber: Noor Kartini , Neelofa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×