
Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi menjadi bualan hangat netizen susulan khabar angin sedang menjalinkan hubungan rapat dengan pempengaruh kontroversi, Jule.
Artikel Berkaitan: Saling ‘Unfollow’ Di Instagram, Ameera Khan & Jefri Nichol Putus Lagi?
Artikel Berkaitan: ‘Menggigil Saya Tengok Bukti’ – Teman Lelaki Jule Dedah Yuka Kantoi ‘Dating’ Di Zoo?
Jefri dan Jule bercinta?
Spekulasi ini muncul selepas hubungan Jefri dengan selebriti media sosial Malaysia, Ameera Khan, dikatakan sudah berakhir.
Khabar angin mengenai hubungan terbaharu Jefri mula dibincangkan selepas tular satu foto yang memaparkan seorang lelaki dan wanita di Bali.
Foto yang tular itu menunjukkan seorang wanita berambut perang yang dipercayai adalah Jule, iaitu bekas isteri kepada pempemgaruh, Na Daehoon.
Di sisinya, kelihatan seorang lelaki mengenakan kaca mata hitam dan berbaju putih yang didakwa merupakan Jefri.
Walaupun foto tersebut diambil dari jarak jauh dan tidak menunjukkan wajah mereka secara jelas, namun netizen sudah mula membuat kesimpulan sendiri.
Ada bukti lain?
Tambahan pula, sebelum foto tersebut tersebar, terdapat saksi mendakwa melihat keakraban mereka di pusat percutian tersebut.
Bukti lain yang mengukuhkan lagi dakwaan ini adalah apabila Jefri dan Jule dikatakan sudah saling mengikuti di akaun media sosial.
Sebelum ini, Jefri sebelum ini dilaporkan bercinta dengan adik kepada pengacara dan usahawan Neelofa iaitu Ameera Khan namun hubungan mereka dikatakan sudah berakhir.
Manakala Jule pula didakwa berlaku curang dengan seorang atlet ketika masih bergelar isteri Na Daehoon.
Tidak lama kemudian, tular foto mesra Jule bersama teman lelaki kawan baiknya, Aya Balqis iaitu pempengaruh Indonesia, Yusman Kusuma atau lebih dikenali dengan panggilan Yuka.
Untuk rekod, Jule bernikah dengan Na Daehoon pada 31 Julai 2021, namun disahkan bercerai pada 30 Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Suara.com