berita

Tular Foto Kononnya Rosé Blackpink Ambil Dadah, Peminat Kata Jangan Suka Hati Fitnah

April 14th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sejak semalam, dunia hiburan Korea Selatan kecoh berhubung satu dakwaan tidak berasas membabitkan salah seorang anggota kumpulan Blackpink iaitu Rosé.

Rosé dituduh ambil dadah?

Rosé atau nama sebenarnya Park Chae Young dituduh telah mengambil dadah. Desas desus itu mula tercetus selepas bekas ketua pegawai kreatif Burberry, Riccardo Tisci berkongsi foto ketika kunjungan ke rumah usahawan dan pereka fesyen busana Eva Chow pada 11 April lalu di Los Angeles.

Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram memperlihatkan Rosé dan aktor Kang Dong-won turut menyertai kunjungan tersebut tetapi apa yang menimbulkan persoalan ramai adalah penampakan serbuk putih yang dilihat seperti dadah yang ‘dihidangkan’ di atas meja di hadapan Rosé dan Kang Dong-won.

Sejak daripada itu, netizen mula membuat spekulasi bahawa Rosé terjebak dengan najis dadah. Agensi naungan Blackpink iaitu YG Entertainment akhirnya tampil memberi respon mengenai tuduhan berkenaan.

Kami ingin memberitahu bahawa khabar angin berkaitan Rosé BLACKPINK yang tersebar di beberapa komuniti dalam talian dan media sosial adalah jelas palsu.

Kami sedang meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar hak dan privasi artis kami. Kami sedang memantau dan memerhati mereka yang mencipta dan menyebarkan khabar angin. Kami tidak akan berpuas hati dan bakal bertindak balas dengan kuat.

Difahamkan, gambar yang dikongsi Riccardo juga telah dipadam. Peminat kumpulan Blackpink yang dikenali sebagai Blinks tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat artis kesayangan mereka itu supaya terus kuat. Blinks juga percaya bahawa  Rosé sama sekali tidak akan melakukan perkara yang akan memusnahkan kariernya.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×