berita

Tular Gambar Kekasih Tunjuk Cincin Di Jari, Netizen Dakwa MK K-Clique Sudah Bertunang

May 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Tiada angin tiada ribu, tiba-tiba nama penyanyi rap popular, MK K-Clique menjadi bualan ramai selepas didakwa telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Hajar.

Artikel Berkaitan: MK Dalam Fasa ‘Mencari’ Jodoh

Artikel Berkaitan: ‘Dah Lama Simpan Hasrat’ – MK Rancang Tunai Umrah Bersama Keluarga

MK tunang?

Menurut sumber, dakwaan tersebut timbul selepas seorang peminat melihat beberapa foto menyaksikan MK beraya di rumah abang kepada wanita berkenaan baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dikirimkan oleh peminat itu, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat mengenakan busana bewarna merah hati sedondon dengan wanita tersebut.

Malah, pada salah satu foto yang dikirimkan, wanita berkenaan dilihat sedang menunjukkan cincin yang dipakai pada jarinya.

Gambar nikah?

Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di Instagram milik MK, dia memuat naik foto dirinya yang sedang mengenakan songkok, seolah-olah memberitahu sedang bersiap sedia menuju hari bahagia.

Salam Jumaat, jika anda membaca ini, semoga Allah permudahkan segala urusan kita, menggantikan setiap ujian dengan ketenangan dan keamanan dengan nikmat-Nya. Amin.

Ucapan tahniah

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya termasuk kalangan selebriti menyampaikan ucapan tahniah kepada penyanyi kelahiran Sabah itu.

Terdahulu, MK mendedahkan sedang berkenalan rapat dengan Siti Hajar selain mengaku wanita itu merupakan seorang yang istimewa buat dirinya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×