Minggu ini tular dakwaan dibuat seorang peminat kepada pelakon yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf yang dikatakan enggan melayannya ketika ditemui di sebuah program nyanyian tanah air.
Peminat tersebut dikatakan begitu kecewa kerana pelakon yang sangat diminatinya sanggup melayannya sebegitu rupa.
Artikel Berkaitan: Malas Layan Peminat Ajak Bergambar, Individu Kecewa Amir Ahnaf Tunjuk Annoyed Face? – ‘Konon Cinta Hati ..’
Netizen tampil pertahan Amir Ahnaf
Terbaru, seorang pengguna Twitter @hareithfadeila tampil mempertahankan pelakon Project: High Council itu menerusi satu ciapan yang dimuat naiknya.
Menerusi ciapan tersebut, Hareith mendakwa tindakan peminat tersebut yang terlalu terhegeh-hegeh tanpa memikirkan kepenatan serta keadaan pada ketika itu menyebabkan dirinya enggan dilayan pelakon berkenaan.
Hareith juga berpendapat apabila peminat tersebut tidak mendapat layanan seperti yang diharapkan maka dia mengambil keputusan untuk menjaja cerita sedemikian sekaligus memburukkan nama bekas peserta Hero Remaja itu.
Kau yang terhegeh hegeh ikut artis (Amir) dengan kawan kau. Bila dia penat atau takde mood nak layan kau, kau tabur fitnah. Fitnah dapat, malu dapat.
Tambah Hareith lagi, sebagai seorang peminat yang meminati seseorang artis, individu terbabit perlulah memahami keadaan Amir yang juga manusia biasa yang punya rasa penat bekerja.
Kadang-kadang sikap peminat terhadap artis agak gila! Kau hanyalah peminat, itu saja. Kau perlu belajar untuk bersikap lebih baik pada artis dan memberikan ruang pada mereka setiap kali ingin mendekati mereka.
Member (kau) dah dapat pesan dari pengawal yang mengataka ‘Amir penat’ pun tak faham faham bahasa.
‘Bukannya nak bercakap apa pun, nak selfie je’. Jadi? Kalau dia penat dan tidak mempunyai tenaga untuk melayan peminat, apa dia boleh lakukan?
‘Dia nampak pandai dan merupakan contoh yang baik bagi isu kesihatan mental di sosial media’. Adakah kau tak fikir yang tindakannya tidak mahu melayan kau juga merupakan hak dia untuk menjaga kesihatan mental dia?
Di akhir ciapannya itu, Hareith mendedahkan bahawa Amir bukanlah seperti apa yang didakwa peminat tersebut kerana pelakon berkenaan begitu menghargai peminatnya.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan ciapan ditulis Hareith itu dan mengatakan bahawa individu berkenaan perlulah mempunyai sikap yang lebih terbuka memikirkan tahap kepenatan selebriti yang juga merupakan manusia biasa.
Kau yang terhegeh hegeh follow artist dgn kwn kau. Bila dia penat or takde mood nak layan your group, you spread slander. Fitnah dapat, malu dapat. pic.twitter.com/wfsBsSYvOI
— harris (@hareithfadhila) June 6, 2023
Sumber: Twitter