Kelonjakan nama pelakon Amir Ahnaf membuatkan segala perkara yang dilakukan menjadi bualan.
Begitulah kisahnya apabila seorang individu meluahkan rasa kecewanya terhadap Amir kerana didakwa enggan melayan peminat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maggi Saya Bahagi Dua Untuk Breakfast & Dinner’ – Amir Ahnaf Kongsi Perjalanan Sukar Harungi PKP
Artikel Berkaitan: Tulis 100 Sebab Minat Amir Ahnaf Di Twitter, Netizen Dakwa Peminat ‘Misteri’ Terlalu Obses
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘MasyaAllah Cinta Hati Kita’ – Netizen ‘Cair’ Dengar Suara Amir Ahnaf Baca Ayat Kursi
Perangai sebenar?
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik satu kisah apabila permintaannya untuk gambar bersama didakwa tidak dilayan oleh pelakon drama bersiri Projek: High Council tersebut.
Menurut individu tersebut, mereka bertemu dengan Amir di sebuah program nyanyian dan menunggunya sebanyak dua kali.
Saya dan dua rakan lagi tunggu Amir untuk tangkap gambar bersama. Dia (Amir) nampak kami tapi tidak layan dan terus turun naik lift.
Kami turun guna tangga sebab nak jumpa di lift lobi. Salah satu kawan saya minat Amir semenjak dari High Council. Jadi lepas Amir turun lift, dia hanya duduk dalam lift dengan tiga bodyguards depan pintu lift.
Pertama sekali saya panggil nama dia, tapi Amir buat tak tahu. Saya masih berfikir positif kerana mungkin dia tak dengar walaupun tiada siapa di situ. Dan saya tanya dua bodyguards di situ dengan baik untuk tangkap gambar dengan Amir tapi mereka tidak menghiraukan saya.
Datang seorang lagi bodyguard dan saya masih bertanya dengan nada yang baik. Namun, bodyguard tersebut tidak mengizinkan dan memaklumkan bahawa Amir penat.
Kawan saya panggil Amir sendiri, dan Amir hanya tengok dia dengan muka yang kurang menyenangkan dan palingkan muka.
Dakwanya lagi, Amir tidak meminta maaf mahupun beri senyuman kepada mereka yang menunggu untuk bergambar.
Susulan daripada itu, individu tersebut berharap agar Amir lebih menghargai peminatnya kerana tanpa peminat dirinya tidak akan ke tahap yang sekarang.
Sumber: TikTok @nezuko.himari