
Nama seorang wanita warga emas, Entah binti Ta’tahu mencuri perhatian wargamaya selepas kisah mengenai nama uniknya dikongsikan di TikTok.
Artikel Berkaitan: Dokumen Pengenalan Diri Rosak Akibat Banjir, JPN Tawar Penggantian Percuma
‘Entah Binti Ta’tahu’
Wanita yang berasal dari Kuala Krau, Temerloh, Pahang itu menjadi perhatian selepas memperkenalkan namanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said ketika mereka bertemu, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Ismail turut memuat naik video pertemuan mereka selain menunjukkan kad pengenalan wanita berkenaan yang tertera nama Entah binti Ta’tahu.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman masing-masing mengenai individu yang mempunyai nama unik atau jarang didengar.
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial turut berkongsi kisah yang pernah diceritakan oleh arwah ibunya mengenai seorang bayi yang didakwa diberikan nama ‘Entah binti Tak Tahu’.
Arwah mak saya pernah cerita ada orang nama ‘Entah Tak Tahu’. Kejadian berlaku sebab jururawat tu tanya nama bayi baru lahir. Maknya jawab Entah Tak Tahu. Jadi misi tu tulis la nama Entah binti Tak Tahu.
Kisah berkenaan turut mencetuskan rasa ingin tahu wargamaya mengenai asal-usul nama unik tersebut, selain menjadi bahan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.
Sumber: TikTok