Kemelut rumah tangga pasangan terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora dan Rizky Billar masih belum berakhir. Baru-baru ini, media melaporkan Lesti kini sedang menunaikan umrah bersama ahli keluarganya termasuklah anak, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Artikel Berkaitan: Polis Dedah Lesti Kejora Pernah Dibaling Bola Snuker
Artikel Berkaitan: Peguam Dakwa Lesti Kejora Terjatuh Sendiri, Bukan Dihempas – ‘Mereka Tiada Masalah, Netizen Yang Perbesarkan’
Tular rakaman CCTV?
Sebelum ini, polis pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Lesti Kejora pernah hampir dibaling dengan bola snuker oleh Rizky Billar. Susulan daripada isu itu, peguam yang mewakili Rizky tampil menyelar dakwaan tersebut dan mendakwa tindakan Rizky pada ketika itu hanyalah untuk menggertak Lesti sahaja.
Namun, sejak beberapa hari lalu tular pula satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Rizky Billar mengambil bola snuker sebelum dilemparkan kepada Lesti yang berdiri di tepi kolam renang. Walau bagaimanapun, balingan tersebut tidak mengena kerana Rizky tergelincir. Rizky kemudian mengambil semula bola snuker itu sebelum dibaling ke dalam kolam renang.
Menerusi maklumat dari rakaman tersebut, kejadian itu berlaku pada 29 Oktober 2021.
Sementara pegawai polis, Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan mengesahkan bahawa rakaman tersebut diberikan oleh pihak Lesti Kejora sebagai salah satu bukti kekerasan rumah tangga yang dilakukan Rizky Billar. Tambahnya lagi, polis kini sedang melakukan siasatan lanjut berhubung bukti yang diberikan pihak Lesti.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Detik.com, Instagram Detik