Sejak beberapa hari lalu, isu rumah tangga penyanyi dari Indonesia Lesti Kejora bersama suaminya, Rizky Billar semakin menjadi tumpuan netizen. Lebih mengejutkan apabila satu per satu ‘kebenaran’ mengenai rumah tangga pasangan ini terbongkar.
Artikel Berkaitan: Tular Foto Rizky Billar & Ibu Tersenyum Gembira, Netizen Tanya Kecewa Tak Bila Tahu Perangai Anak Mak Cik?
Artikel Berkaitan: Terpalit Isu Keganasan Rumah Tangga, Nama Rizky Billar ‘Digam’ Seluruh Stesen TV & Radio
Dibaling bola snooker
Menerusi laporan News Detik, polis memberitahu bahawa ini bukan kali pertama Lesti Kejora menerima layanan buruk daripada Rizky Billar. Dalam keterangan yang diberi, Lesti akui sering dipukul dan akhirnya bertindak melaporkan perilaku suaminya setelah sekian lama bersabar.
Menurut kenyataan Lesti, dia dibaling dengan bola snuker, tetapi tidak terkena kerana Rizky Billar tergelincir.
Sebelum ini, media Indonesia melaporkan bahawa rumah mewah yang didiami Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar serta anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar sebenarnya bukanlah rumah yang dibeli mereka sebaliknya rumah yang disewa dalam tempoh tiga tahun.
Bukan itu sahaja, Rizky Billar juga pernah membuat kejutan memberi hadiah sebuah kapal persiaran mewah kepada Lesti sempena ulang tahunnya hanyalah prank semata-mata. Susulan daripada tindakan Rizky yang dikatakan melakukan keganasan rumah tangga terhadap Lesti, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu telah digugurkan daripada menjadi pengacara rasmi dalam rancangan ‘Dangdut Academy 5’.
Hal ini berikutan daripada arahan Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) yang melarang individu yang terlibat dalam Kekerasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) daripada muncul dalam mana-mana rancangan televisyen dan radio.
Sumber: News Detik, Tribunnews