Tular baru-baru ini video yang memaparkan sekumpulan remaja sekolah dipaksa melulut dan mencium kaki pembuli sambil merangkak.
Artikel Berkaitan: Kakak ‘Viral’ Video Adik Dibelasah Sekumpulan Remaja Lelaki – ‘Pukul Adik Aku Sampai Macam Tu, Paling Hebat Lah?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Rakam Anak Menangis Teresak-Esak, Mengadu Kawan Sekolah Ejek Adik Cacat
Mangsa buli sempat lari
Kejadian yang berlaku di Cianjur, Jawa Barat Indonesia itu menyaksikan sekumpulan remaja tersebut dipaksa mencium kaki beberapa orang pembuli sambil merangkak di atas lantai.
Menerusi video tersebut juga, terdapat seorang individu bertindak ganas dengan menerajang badan dan kepala remaja-remaja tersebut.
Difahamkan, ketika kumpulan remaja berkenaan sedang menaiki sebuah lori mereka telah dikejar dan ditahan oleh pembuli-pembuli itu.
Kesemua mangsa kemudian melarikan diri ke sebuah vila berdekatan sebelum mereka ditangkap dan diperlakukan seperti yang disaksikan di dalam video tular tersebut.
Susulan itu, pihak polis berjaya menahan tujuh orang pembuli berkenaan dan menurut Ketua Polis Daerah, AKP Hima Rawalasi berkata hanya seorang suspek berusia 22 tahun manakala enam lagi masih berusia di bawah umur.
Suspek mengarahkan mangsa mencium kaki, melakukan ‘push up’, memukul dengan tali pinggang, menendang badan dan kepala mangsa serta merempuh motosikal ke arah mangsa.
Kesemua suspek disiasat mengikut Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak.
Sumber: Tribun News, Tribun Style