Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa tampil memberikan respon selepas namanya dikaitkan dengan penularan video memaparkan keadaan sebuah premis makanan yang didakwa sangat kotor.

Artikel Berkaitan: ‘Cukup Saya Sudah Sehelai Sepinggang, Boxer Pun Beli Pakai Pay Later’ – Haqiem Stopa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Orang Tanya Macam Mana Keadaan Sekarang…Saya Sunyi’ – Haqiem Stopa Akui Khilaf Sendiri Dalam Perkahwinan

Tak operasi 

Menerusi hantaran di TikTok, Haqiem atau nama lengkapnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, kesal dengan individu yang bertindak memuat naik video tersebut di media sosial sehingga menimbulkan spekulasi berkenaan perniagaannya. 

Awak semua memang dasyat. Masuk kedai yang dah terbiar lama, buat video dan kata macam-macam.

Cepat sikit viralkan, saya dah tak sabar nak viralkan pula. 

Menurut Haqiem, premis makanan miliknya yang terletak di ibu kota sudah tidak beroperasi.

Untuk info, kedai di Kuala Lumpur dah lama tak beroperasi. Kami dah keluarkan barang lebih seminggu, sibuk dengan event.

Jangan ganggu 

Justeru, Haqiem memohon agar usahanya untuk mencari rezeki tidak lagi diganggu sehingga mencetus dakwaan dan tanggapan buruk terhadapnya.

Saya berniaga, ada nama walaupun tak besar. Alhamdullilah. 

Boleh tolong jangan ganggu proses saya jalani hidup saya sendiri macam hidup orang lain?

Kalau tak boleh tengok saya usaha sehabis mampu, block la saya. Jangan tengok. Kalau itu membuatkan awak sakit hati, hilangkanlah saya dari pandangan awak.

Bapa kepada seorang anak ini juga merayu agar diberikan ruang untuk mencapai kejayaannya.

Saya cuma nak minta tolong jangan ganggu perjalanan saya yang diusahkan separuh mati ini. 

Saya tahu penat lelah dan putus asa. Saya tak pernah ganggu proses hidup awak, malah saya lakukan yang terbaik.

Terdahulu, seorang individu mendakwa sebuah kedai ayam gepuk milik pempengaruh terpaksa ditutup berikutan isu kebersihan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa restoran terebut tidak mempunyai kemudahan asas yang sesuai untuk melaksanakan operasi penyediaan makanan di dapur.

Sumber: TikTok Haqiqm Stopa