berita

Tular Video Pelakon Ghairah Cium Wanita Di Kelab Malam? –‘Mana Janji You Nak Tunang Tahun Ni, Sakit Sangat You Balas Jasa I..’

February 9th, 2023 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai merupakan artis lelaki baharu sedang ghairah mencium seorang wanita di kelab malam.

‘Sakit sangat you balas jasa I’

Video tersebut telah tular selepas ianya dikongsikan oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang melakukan aksi kurang sopan di sebuah kelab malam. Wanita terbabit meluahkan rasa terkilan dengan sikap kekasihnya yang dikatakan sudah berubah.

Susah senang bersama tapi bila dah senang macam ni balasan yang dapat. Mana janji you nak tunang tahun ni? Ini ke surprise you nak bagi pada I? I teman you shooting ketika media buat cerita pasal you, ramai tak suka you. I yang sentiasa ada dengan you. Sakit sangat you balas jasa I. Kepada perempuan tu, I harap you jaga dia macam mana I jaga dia.

Meskipun video berkenaan tidak menampakkan wajah, namun rata-rata netizen mendakwa bahawa lelaki tersebut merupakan pelakon yang namanya baru meningkat naik. Hal ini kerana, wanita ini pernah memuat naik beberapa video mesra bersama lelaki terbabit di aplikasi TikTok. Walau bagaimanapun, masih belum disahkan adakah lelaki berkenaan adalah pelakon yang diperkatakan ataupun tidak.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×