Orang ketiga yang didakwa menjadi ‘pengacau’ dalam rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri dikatakan seorang wanita berhijab.
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa ‘Penyondol’ Wanita Bertudung, Tular WhatsApp Hafidz Roshdi Panggil Sayang & Luah Rindu?
Dah aktif semula
Selepas tular foto dan tangkapan skrin perbualan di WhatsApp didakwa bersama Hafidz, wanita itu telah bertindak menyahaktif akaun Instagram (IG).
Bagaimanapun, hasil semakan OhBulan!, wanita bertudung itu telah kembali aktif di akaun terbabit dan diletak mod privasi.
Apa yang mencuri perhatian apabila bio di Instagram itu ditulis ‘HR’ beserta emoji ‘love’ berwarna merah.
Wanita terbabit juga mengikuti (follow) akaun Instagram Hafidz namun aktor tersebut tidak melakukan perkara yang sama.
Tutup aib orang
Sementara itu, di Instagram Stories, wanita tersebut berkongsi foto dua pasang kasut ‘matching’ hitam dan putih.
Dia juga menulis kapsyen yang berbunyi, ‘Hidup ini simple. Kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita sis.’
Setakat ini, pelakon drama Bisik Bisik Gelora belum memberi sebarang kenyataan terhadap dakwaan isterinya namun aktif di Instagram.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kecurangan Hafidz pernah menjadi bualan ramai namun disangkal dan menegaskan hanya rekaan individu yang hendak menjatuhkan reputasinya.
Sumber: Instagram