Nama pelakon Hafidz Roshdi kembali menjadi bualan warganet selepas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa rumah tangga mereka diganggu oleh pihak ketiga.
Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Peluk Dengan Isteri, Hafidz Roshdi Terkena Fitnah?
Artikel Berkaitan: ‘Tengah Komen Dekat Bawah Ke Tu?’ – Hafidz Roshdi Muat Naik Video Layan Anak Main Dalam Rumah
Wanita bertudung orang ketiga?
Terbaru, viral gambar seorang wanita bertudung yang didakwa si ‘penyondol’ dalam rumah tangga Hafidz dan Shuhada.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pengelola akaun Jabatan Netizen Negara telah memuat naik tangkapan skrin yang didakwa memaparkan perbualan Hafidz bersama wanita itu.
Nama yang tertera pada akaun WhatsApp itu adalah Hafidz beserta gambar profil aktor terbabit.
Berdasarkan paparan itu, Hafidz didakwa menggunakan panggilan ‘sayang’ selain memuji kecantikan wanita berhijab itu.
Wanita terbabit juga didakwa telah menghantar gambar swafoto kepada pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi sejurus keluar dari surau.
Hasil pencarian OhBulan!, akaun IG milik wanita itu telah dinyahaktif selepas tular kisah Hafidz dan Shuhada.
Setakat ini, pelakon drama Bisik Bisik Gelora belum memberi sebarang kenyataan terhadap dakwaan isterinya.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kecurangan Hafidz pernah menjadi bualan ramai namun disangkal dan menegaskan hanya rekaan individu yang hendak menjatuhkan reputasinya.
Sumber: Instagram