
Selain Bahasa Inggeris, subjek Matematik menjadi subjek yang kurang digemari oleh murid sekolah. Ramai yang berhadapan masalah ini kerana masih terkial-kial menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira).
Seorang bapa, Hasrizal Abdul Jamil berkongsi kisah menarik pengalamannya dengan guru di Finland apabila berdepan dengan anak kurang berminat dalam Matematik.