berita

Tumbuk, Cucuh Puntung Rokok & Tekap Guna Seterika, Pasangan Suami Isteri Ditahan Dera Bayi

September 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bayi_didera

Sekadar gambar hiasan

Bagaikan mimpi ngeri buat seorang bayi berusia setahun empat bulan apabila dia dipercayai menjadi mangsa dera kedua ibu bapa sendiri di Felda Jalor Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Simbah Minyak Panas Dekat Suami Selepas Disuruh Goreng Ikan

Artikel Berkaitan: ‘Syurga Buatmu Si Anak Kecil’ – Bayi Ditemui Mati Ditinggalkan Dalam Kotak Di Hentian Bas

Difahamkan, bayi malang tersebut didakwa ditumbuk pada muka, dicucuh puntung rokok dan turut ditekap menggunakan seterika.

Doktor buat laporan polis

Polis_siasatan

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab menerusi laporan Harian Metro, pihaknya telah menahan ibu bapa bayi tersebut susulan menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa pada 25 Ogos lalu.

Seorang doktor dari sebuah klinik kesihatan membuat laporan memaklumkan menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan lebam pada mata dan terdapat kesan seterika di belakang badan disyaki didera.

Susulan maklumat itu, polis menangkap ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 17 dan 23 tahun.

Mengulas lebih lanjut, Anuwal menjelaskan lelaki tersebut bagaimanapun, mengaku telah memukul, menumbuk dan mencucuh rokok di tapak kaki sebelah kiri bayi itu kerana menangis.

Suami isteri itu kemudiannya membawa mangsa ke klinik kesihatan terbabit kerana mangsa mengalami sesak nafas.

Mangsa dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut dan diberikan bantuan pernafasan. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HTAN.

Kini, suspek telah direman sehingga 6 September, manakala isterinya telah dibebaskan dengan jaminan polis. Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×