Sebelum ini, pelakon Datuk Aaron Aziz pernah mendedahkan dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya atau dipanggil cervical spondylosis.
Tumor makin besar
Terbaru, Aaron, 46, memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan kerana keadaan tumor semakin membesar dan terpaksa bercuti panjang.
Begitupun, katanya dia terpaksa menangguhkan buat sementara waktu memandangkan terikat dengan tuntutan kerja.
Selepas 90 minit berada dalam benda ini, MRI (pengimejan resonans magnet), doktor kata saya perlukan pembedahan dan cuti sakit selama dua bulan.
Tumor ini semakin besar kata doktor, Tapi tak boleh (bedah) sebab banyak projek yang sedang berjalan sekarang ini.
Bergantung dekat ubat
Dalam pada itu, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz ini juga menyatakan dia terpaksa bekerja dalam kesakitan dan bergantung dengan ubat-ubatan.
Jadi buat masa ini saya hanya guna ubat untuk hilangkan sakit. Working in pain, hanya Allah tahu apa yang saya rasa.
Korang tengok abang senyum sana, ketawa sini tapi korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pelakon filem Evolusi KL Drift turut memuat naik rakaman video keadaan dirinya dimasukkan ke dalam mesin MRI.
Terdahulu, kali pertama Aaron berhadapan penyakit ini pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia.
Sumber: Instagram @aarondwiaziz