berita

‘Tunggu Pak Uda Di Syurga Ya Sayang’ – Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia, Bapa & Ibu Kritikal

April 15th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut selepas kereta Perodua Kenari yang dipandu bapa terbabit kemalangan. Kejadian yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru itu menyebabkan bapa dan ibu cedera parah selain seorang lagi cedera di kaki.

Menerusi Facebook, adik kandung kepada bapa memuat naik luahan sedih dengan kemalangan yang menimpa keluarga. Sehingga kini, si bapa masih koma dan tidak sedarkan diri.

‘Sungguh berat dugaan yang kau terima kak’

Saya sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yang terlibat dalam kemalangan semalam ingin mewakili untuk meminta maaf sekiranya di antara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda, dan jikalau di antara mereka ada hutang yang belum dilunaskan. Boleh memberitahu kami/sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan iktiar untuk selesaikan. InshaAllah.

Kerana kami sekeluarga tidak sanggup melihat Mohamad Nirzaudy Haiqal (abg saya) bertarung nyawa di zon kritikal dan telah berhenti degupan jantungnya beberapa saat. Lalu doc terpaksa menggunakan mesin pernafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. Kini ditukarkan ke wat ICU (KRITICAL) sehingga kini masih koma dan tidak sedarkan diri. Dia seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati. Begitu juga dengan akak ipar saya Wan Nur Izzaty bertarung nyawa di wat ICU koma kerana pendarahan terlalu teruk.

Namun kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akak ipar saya sudah sedarkan diri hari ini. Tetapi yg membuatkan kami tidak sanggup melihat apabila sejurus beliau sedarkan diri. Terus membukak telapak tangan kiri dan cuba menyampaikan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat lalu tangan kanan seperti pen untuk menulis ‘Didi’ (sisuami) di mana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) di mana? Dan ‘Inara’ (anak kedua) di mana?
Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiamkan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. Ya Allah sungguh berat dugaan yg kau terima kak.

‘Tunggu Pak Ude dekat syurga ye sayang’

Loya Al-hamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kakinya yg dihempap kereta. Inara!!! Tunggu Pak Ude dekat syurga ye sayang. Pak ude takkan lupa kan senyuman anak syurga. Belum sempat Naufal nak bermain lari2 dengan awak. Awak dah tinggalkan kami semua. Inara meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan di kepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover. Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagaikan menatang minyak yg penuh. Bukan kata jentik. Malah nyamuk yg cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambil bukan tepuk supaya arwah tidak terkejut atau sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta!!! Sungguh kejam!! LIHAT LAH PEMBUNUH INARA. Kerana mengguna kan kenderaan import. Rasa hebat. Rasa gagah. Memecut laju tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Hingga melibatkan KEMATIAN anak kecil yg tidak bersalah dan tidak tahu apa2. SUNGGUH KEJAM. Anda melihat kereta abg saya yg dilanggar. Abg saya memandu sekitar 80km.

Berapa laju SI PEMBUNUH ini mamandu lalu merempuh kereta abg saya? Sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu jatuh ke pembahagi jalan sebelah (bawah flyover)? Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu.

Dan dalam masa yg sama. Saya dan keluarga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada hero dan heroin yg telah membantu mengambil arwah Inara di tengah jalan lalu hantar ke HSA menggunakan kenderaan sendiri. Dan yg telah menyelamat kan Loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin Loya dan arwah Inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian amin.
Semoga abg saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala. Begitu juga dengan akak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya. Nanti boleh main gelongsor dengan Naufal dekat rumah pak ude. Jom ramai sedekah kan Al-fatihah untuk anak syurga Inara.

*SEMOGA PEMBUNUH ARWAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN . SUPAYA TIADA LAGI MANGSA JALAN RAYA LAIN TERBUNUH!!*

Sumber : Mohamad Nirzuannudin Anuar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×