Pasangan pempengaruh media sosial, Na Daehoon dan Jule, dikhabarkan sudah mencapai kata sepakat untuk bercerai.

Artikel Berkaitan: 7 ‘Red Flag’ Jule Yang Ramai Tak Perasan, Rupanya Dah Bagi ‘Hint’ Sebelum Kahwin?

Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Mengecewakan Banyak Pihak, Saya Menyesal’ – Pempengaruh Mohon Maaf Isu Curang

Dalam proses cerai?

Desas-desus itu muncul susulan dakwaan skandal curang yang dikaitkan dengan Jule atau nama lengkapnya Julia Prastini sejak beberapa minggu lalu.

Menerusi dakwaan yang berlegar di media sosial, pasangan itu dikatakan telah berbincang dan bersetuju untuk berpisah secara baik.

Sumber turut mendakwa bahawa Daehoon tidak menuntut pembahagian harta sebaliknya hanya mahukan hak penjagaan terhadap ketiga-tiga anaknya.

Beberapa hantaran yang dikongsi oleh pengguna akaun TikTok @itstanesaa dan @Hookla_87 mendakwa bahawa proses perceraian pasangan itu sudah bermula. 

Malah, sumber itu mendakwa mendapat maklumat tersebut daripada peguam Daehoon sendiri.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Daehoon mahupun Jule berhubung kesahihan laporan tersebut.

Namun, beberapa sumber mendakwa permohonan cerai telah difailkan di Pengadilan Agama Jakarta Selatan dan kini masih dalam proses.

Susulan daripada itu, ramai netizen memberi sokongan dan pujian kepada Daehoon kerana lebih mementingkan kebajikan anak-anak berbanding harta.

Ramai turut berharap agar anak-anak pasangan itu tidak menjadi mangsa konflik rumah tangga mereka.

Sumber: Popmama