Semalam, pengurus Zamani Slam, Aalan Ahmad meminta semua pihak untuk berhenti dahulu soal mengutip dana buat penyanyi itu. Menurut Aalan, terdapat usaha beberapa pihak tertentu mewujudkan tabung bagi mengutip dana untuk pembedahan tulang belakang penyanyi terbabit yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.
Artikel berkaitan: Pengurus Zamani Mohon Semua Pihak Tangguh Soal Kutip Dana
Terbaru, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil memberitahu bahawa dana yang dikutip olehnya untuk Zamani telah ditutup semalam.
Bincang dengan pihak Zamani
Menurut Pak Nil, dia mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan seluruh masyarakat Malaysia yang memberi sumbangan untuk Zamani. Ujar Pak Nil, kutipan dana yang telah dilakukan olehnya itu telah ditutup tepat pukul 12 malam semalam.
Pak Nil akan umumkan jumlah penuh kutipan tersebut. Terima kasih semua. Anda semua memang luar biasa. Hanya Allah yang boleh membalas jasa dan budi baik kalian.
Tambah Pak Nil, dia sedang berbincang dengan pihak Zamani untuk penyerahan wang kutipan. Di akhir posting, Pak Nil turut mendoakan segala urusan perubatan dan kesihatan Zamani dipermudahkan.
Terdahulu, Aalan memberitahu memang benar Zamani akan menjalani pembedahan tetapi ia masih di peringkat awal rawatan. Jelas Aalan lagi, mereka sendiri tidak tahu tarikh sebenar pembedahan kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi.
Sumber: Pak Nil