
TV3 sekali lagi membuka ruang kepada bakat-bakat baharu untuk menyerlah dalam dunia lakonan dan penulisan cerita melalui program Ujibakat Drama Sangat & Pitch Story.
Artikel Berkaitan: Bakat Baharu Beranikan Diri Datang Ke UM, Menyerlah Di Uji Bakat Drama Sangat TV3
Artikel Berkaitan: TV3 41 Tahun Penuh Drama: Peluang Keemasan Jadi Penulis & Pelakon Baharu!
Serlahkan bakat
Selepas mendapat sambutan hangat di Universiti Malaya, giliran Taylor’s University pula menjadi lokasi pencarian seterusnya.
Ini adalah peluang terakhir untuk para belia, khususnya pelajar universiti, menunjukkan kemampuan mereka dalam bidang lakonan atau membentangkan idea cerita yang segar dan menarik terus kepada juri-juri profesional industri.
Sesi ujibakat ini bakal berlangsung di Taylor’s University, Lakeside Campus (Blok D & E), pada 21 Jun 2025 (Sabtu), dari jam 11 pagi hingga 6 petang.
Ujibakat ini terbuka kepada dua kategori utama. Pertama, kategori Ujibakat Pelakon, terbuka kepada individu berumur antara 18 hingga 25 tahun. Peserta hanya perlu hadir dengan membawa gambar bersaiz 4R dan gambar saiz passport.
Kategori kedua pula adalah Pitch Story ke TV3, yang memberi peluang kepada penulis atau pencetus idea kreatif untuk mempersembahkan cadangan cerita selama 10 minit dalam Bahasa Melayu.
Peserta digalakkan untuk menyediakan slide pembentangan, dengan fokus tema yang ditetapkan iaitu Romantik, Komedi Romantik, atau Isu Semasa.
Barisan juri hebat

Menariknya, sesi ujibakat ini akan dinilai oleh barisan juri profesional yang berpengaruh dalam industri kreatif tanah air seperti Nik Amir, pengarah dan produser dari Lumatic Films, Ariff Zulkarnain dari Indigo Films, Raziman Saribini iaitu pengarah program dari Taylor’s University serta pelakon dan pengarah terkenal, Janna Nick dan akhir sekali Azrain Arifin, pensyarah di Taylor’s University.
Ini bukan sekadar sesi ujibakat biasa tetapi ia adalah pintu masuk ke dunia hiburan arus perdana bersama TV3.
Jika anda ingin menjadi wajah baharu di kaca TV atau menyaksikan idea cerita anda dipentaskan, inilah masanya!
Jangan lepaskan peluang emas ini. Serlahkan potensi anda dan buktikan bakat yang terpendam. Jumpa anda di Taylor’s University pada 21 Jun ini!








