berita

TV3 Cari Penyanyi Versatil! Uji Bakat Di Sri Pentas, Bandar Utama Sabtu & Ahad Ini

July 1st, 2022 | by Hariz
Shout Out!

Stesen TV nombor 1 negara TV3 bakal memperkenalkan sebuah rancangan realiti nyanyian baharu, #playlistAJL, sebuah rancangan dengan konsep baharu, Ogos nanti.

Program itu bakal membuka peluang kepada individu yang ingin mengetengahkan bakat dan melebarkan sayap dalam industri hiburan.

Hanya penyertaan solo diterima

Sehubungan itu, TV3 kini sedang mencari mereka yang berbakat dalam nyanyian dan bercita-cita mahu menjadi seorang penghibur yang versatil bagi menghadiri sesi uji bakat pada Sabtu dan Ahad ini.

Uji bakat terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun dengan kebolehan bernyanyi dalam pelbagai genre muzik, dan hanya penyertaan solo diterima.

Mereka yang berminat dialu-alukan ke sesi uji bakat yang bakal berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2022 di Sri Pentas, Bandar Utama dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sila bawa kad pengenalan, gambar terkini dan ‘minus one’ ketika hadir ke sesi uji bakat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti Facebook, Instagram & Twitter TV3.

SKIP THIS AD ×