berita

Tya Ariffin Dapat Hadiah Tesla Daripada Suami Sempena Birthday & Ulang Tahun Perkahwinan

November 4th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Usahawan terkenal, Tya Ariffin berkongsi di laman Instgram miliknya apabila menerima sebuh kereta dari suami tercinta sempena hari lahirnya yang ke-28 serta ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.

Artikel Berkaitan: ‘Posing’ Aksi Panas Atas Katil, Netizen Tegur Tya Arifin Jaga Maruah 

Artikel Berkaitan: Netizen Kagum Tengok Banglo Mewah Tya Arifin & Asyraf Khalid, Siap Ada Pawagam & Gelanggang Tennis 

Artikel Berkaitan: Dapat Banyak Duit Raya, Hasrat Anak Tya Arifin Nak Tolong Orang Susah Buat Netizen Tersentuh 

Perkongsian Tya itu membuatkan ramai netizen teruja dengan jenis kereta yang baru dimilikinya itu. Wow!

‘Terima kasih mencintai saya’

Menerusi video yang dimuat naik oleh Asyraf Khalid di Instagramnya, Tya kelihatan terkejut apabila sebuah kereta elektrik berjenama Tesla berada di hadapannya. Bukan itu sahaja, Asyraf sertakan kapsyen yang istimewa buat isterinya.

Selamat ulang tahun yang ketujuh sayang! Alhamdulillah, sudah tujuh tahun kita berkahwin dan saya masih kagum dengan kecantikan, kebaikan, kerja keras dalam segala perkara yang awak lakukan. Terima kasih kerana mencintai saya atas segala kelemahan dan sentiasa menyokong saya dalam dalam setiap perkara.

Saya tahu saya tidak akan jadi apa yang saya jadi sekarang tanpa sokong dan kepercayaan daripada awak.

Dalam video yang dimuat naik, Tya sempat berseloroh dengan menyatakan dia juga amat gembira menerima sebuah kereta di hari lahirnya.

Terdahulu, Tya dan Asyraf selamat diijabkabulkan pada 1 November 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.

Netizen mendoakan

Sumber: Asyraf Khalid

SKIP THIS AD ×