berita

Tya Arifin ‘Rapatkan’ Hubungan Suami Isteri Renggang

January 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan usahawan popular, Tya Arifin tersenyum lebar apabila produk terbaru Mutyara Beauty iaitu Mutyara Vgin berjaya menyelamatkan hubungan satu pasangan suami isteri yang tidak didedahkan identiti.

Hampir berpisah?

@tyaarifinnw Mashallah alhamdulilllah, doakan tya boleh bantu istri2 lain di luar sana lagi #tyaarifin #jamumutyara #vgin #viral ? suara asli – Tya Arifin

Menurut Tya, 29, dia telah memilih seorang wanita berstatus isteri yang mengakui renggang dengan suami untuk mencuba Mutyara Vgin selama dua bulan secara konsisten.

Kata pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin, dia bersyukur kerana Mutyara Vgin telah menjadi salah satu asbab dalam mengembalikan keharmonian rumah tangga.

Akak ini adalah salah satu pengikut saya yang kita pilih untuk menjadi orang special yang merasa produk baru Mutyara tahun lepas, Mutyara Vgin.

Sebelum ini, dia berhadapan dengan satu masalah ‘perhubungan’ dengan suami.

Selepas saya taja Mutyara Vgin selama dua bulan konsisten, kemudian akak kongsi hasilnya, saya rasa bahagia apabila dapat tahu maklum balas sebenar.

Perasaan bila apa yang kita buat boleh bantu sesuatu yang penting dalam hidupnya, rasanya sangat bahagia.

Jangan pendam

Tambah isteri kepada Asyraf Khalid, dia sudi untuk menjadi tempat golongan isteri mengadu masalah bagi mendapatkan nasihat atau bantuan.

Saya sendiri menjalani rumah tangga, bukan baru setahun. Semestinya ada masalah tak kisah suami atau isteri.

Saya sangat bersyukur dengan adanya produk Vgin dapat membantu menyelesaikan atau memberikan harmoni hubungan suami isteri yang hampir-hampir tidak boleh diselamatkan.

Alhamdulillah ini juga berkat dengan usaha dan komunikasi juga. Kepada anda di luar sana, jika ada masalah perhubungan dengan suami tetapi tidak tahu nak bercerita dengan siapa, saya ada untuk anda semua.

Dalam pada itu, Tya juga ada sediakan sebuah E-book, 12 tips Bahagia yang boleh di redeem secara percuma di website rasmi Mutyara di https://mutyara.com/pages/tipsbahagia.

Sumber: Instagram & TikTok

SKIP THIS AD ×