berita

Tya Arifin Sambut Hari Raya Pertama Di Indonesia Selepas 9 Tahun Kahwin

April 7th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan usahawan Tya Arifin membuat kejutan kepada ibu bapanya apabila pulang empat hari lebih awal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka di kampung halamannya di Indonesia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Arifin Bergenang Air Mata Genggam Ijazah, Impian Nak Jadi Doktor Dahulu Tak Kesampaian Sebab….

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tya Arifin Menangis Masa Tolong Ibu Berniaga – ‘Arif Rasa Dia Ingatkan Tipu?’

Tahun pertama raya di Indonesia

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin dan suami iaitu Asyraf Khalid pulang lebih awal ke Palembang tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapanya.

Menurut Tya, dia hanya berpakat dan memaklumkan kepada adik perempuannya sahaja. Tya dan adiknya telah membuat perancangan untuk mengajak ibu bapa mereka berbuka puasa bersama sebelum dia dan keluarga muncul di hadapan mereka.

Sebenarnya ibu dan ayah tahu kita akan berjumpa di Jakarta 8 April nanti tetapi tidak tahu kalau saya akan ke Palembang dulu. Tapi saya mengambil keputusan bertolak ke Palembang pada Khamis. Jadi nak bagi kejutan kepada ibu dan ayah.

Saya minta adik telefon ibu mengajak berbuka bersama-sama sebab dapat baucar berbuka puasa.

Menerusi video tersebut juga, ibu Tya kelihatan sangat terkejut dengan kedatangan Tya dan anak-anak di restoran tersebut.

Ujar Tya lagi, ini merupakan tahun pertama dia dan suami menyambut Aidilfitri di Indonesia selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Kata Tya, mereka pulang ke kampung di Palembang terlebih dahulu sebelum menyambut lebaran di Jakarta.

Kami pulang ke Indonesia dan ini sebenarnya Tya pulang ke kampung raya pertama di Palembang selepas 9 tahun berkahwin. Saya akan menyambut Aidilfitri di Jakarta tetapi akan pulang ke Palembang selama tiga hari dulu sebelum beraya di Jakarta.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×