berita

[VIDEO] Tya Arifin Bergenang Air Mata Genggam Ijazah, Impian Nak Jadi Doktor Dahulu Tak Kesampaian Sebab….

October 12th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Usahawan terkenal, Tya Arifin berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) di sebuah universiti swasta baru-baru ini. Tahniah!

Artikel Berkaitan: Suami Isteri Nak Gugur Kandungan Sebab Masalah Kewangan, Asyraf Khalid Kongsi Pengalaman Peribadi

Artikel Berkaitan: Tya Arifin Terlepas Pandang Isu Pakaian Agak Menonjol Dalam Konten Memasak – ‘Akan Lebih Berhati-Hati’

Kenapa Tya di sini?

Di Instagram, Tya telah memuat naik video dirinya ketika istiadat konvokesyen sedang berlangsung. Menerusi video tersebut, Tya kelihatan tidak dapat menahan sebak kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Diam, fikir sejenak. Kenapa Tya di sini. Ya ingat. Kerana luka. Selepas habis sekolah menengah, impian Tya mahu jadi doktor. Tapi masa itu, nak jadi doktor perlu wang yang banyak. Jadi Tya pilih jurusan lain di universiti di Palembang. Fikir lagi, kalau kuliah masa itu ibu bapa kena keluarkan duit yang banyak. Keadaan ekonomi keluarga masa itupun sangat mencabar.

Tya terus ambil keputusan nak kerja di Jakarta dan hijrah. Masa itu juga keluarga menerima kecaman kenapa biarkan Tya kerja. Mahu jadi artis? Mereka persoalkan jadi artis untuk apa? Ada masa depan?

Bukan itu sahaja, Tya turut berkongsi kisah susah payah yang perlu ditempuh olehnya sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah. Ujar Tya, kekecewaannya selama ini untuk menyambung pelajaran akhirnya berjaya ditebus semula.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Sumber: Tya Arifin

SKIP THIS AD ×