berita

Tya Arifin Simpati Nasib Kamal Adli, Doa Pembedahan Berjalan Lancar

March 13th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Usahawan terkenal, Tya Arifin yang turut berada di sebuah acara ekspo di Singapura, meluahkan rasa simpatinya terhadap kejadian yang tak disangka ke atas aktor Kamal Adli, semalam.

Artikel Berkaitan: Tya Ariffin Dapat Hadiah Tesla Daripada Suami Sempena Birthday & Ulang Tahun Perkahwinan

Artikel Berkaitan: ‘Posing’ Aksi Panas Atas Katil, Netizen Tegur Tya Arifin Jaga Maruah

Tak terkata…

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin memuat naik beberapa momen ketika kejadian yang menimpa aktor Kamal Adli di Singapura.

Tolong semua doakan Kamal sedang pembedahan sekarang.

Kejadian yang tidak disangka-sangka. Tak tahu nak cakap apa, dah tak terkata dah.

Uqasha stay strong okay, kuat untuk Kamal.

Dalam pada itu, Tya turut menitipkan pesanan agar sentiasa menjaga diri sendiri dan orang yang tersayang.

Semoga dipermudahkan segalanya

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet mendoakan buat Kamal Adli diberikan kesembuhan yang segera. Selain itu, terdapat juga komen yang ditinggalkan buat isterinya, Uqasha Senrose agar tabah menghadapi ujian yang dihadapi.

Sumber: Instagram @tyaarifinnw

SKIP THIS AD ×