Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai MZ mencari seorang individu yang menaburkan fitnah terhadap dirinya dan isteri.

Artikel Berkaitan: ‘Selepas Ada Ubai, Saya Rasa Seperti Princess – Shila Amzah

Artikel Berkaitan: Ibu Shila Amzah Bakal Berkahwin Dengan Duda – ‘Dia Baik, Penyayang & Ada Bisnes Sendiri’

Ubai tak kerja?

Menerusi hantaran di TikTok, Ubai, 27, memuat naik tangkap layar memaparkan komen tidak berasas yang ditinggalkan individu berkenaan dengan menuduh hanya Shila yang bekerja untuk menanggung mereka sekeluarga.

Ubai ini dia kerje apa? Bukan kata dah berhenti kerja ke? Berkebun katanya dulu? Dia viralkan sebab nak beritahu dia ada keje kot. Harap dia kerje.

Sebab tengok macam Shila Amzah saja bekerja, daripada hamil, nak bersalin pun Shila masih bekerja.

Tidak hanya itu, individu terbabit juga mendakwa pelantun lagu Patah Seribu yang menjadi punca penyanyi lagenda rock, Datuk Amy Search menyerangnya, baru-baru ini.

Dalam artikel tulis Shila Amzah mencampuri urusan keluarga Amy Search (jaga tepi kain orang). Bila kena herdik, buat laporan polis, itulah lain kali jangan sibuk hal keluarga orang.

Sebab keluarga sendiri pun berantakan sebelum ni Shila Amzah oi, itulah pelik juga, ayat “kau tahulah nasib kau nanti” itu macam dia dah menjolok sarang tebuan Shila Amzah ini.

Kalau tak, mustahil Amy nak keluar ayat itu. Kita belum sampai tingkat umur Amy, umur macam itu dia orang bukan sembarangan nak marah di khalayak ramai.

Mesti ada yang mencabar dia. No wonder Shila Amzah dan pengurus tak nak sebut nama dan cerita apa kes. Rupanya dia kena sound Amy sebab campur urusan keluarga Amy.

Enggan berdiam diri, Ubai menerusi di ruangan kapsyen meminta orang ramai untuk membantunya mencari individu tersebut.

Bagi sesiapa yang mengenali dia, boleh tak hubungkan saya dengannya? Sebab ada beberapa perkara nak berbincang.

Sumber: TikTok