![[VIDEO] Ubai Kesal Difitnah Bercerai Seminggu Selepas Berkahwin – ‘Ada Gambar Saya Dengan Shila, Rupanya..’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/ubai.jpg)
Pencipta kandungan, Ubai MZ meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang mudah menabur fitnah terhadap dirinya dan isteri, Shila Amzah.
Artikel Berkaitan: ‘Ubai Tahu Saya Tidak Suka Lipat Baju, Alhamdulillah Dia Terima Kekurangan Saya’ – Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Minta Netizen Berhenti Perlekehkan Syada – ‘Semua Sudah Dewasa, Belajar Jadi Matang’
Ujian Ubai
Menerusi perkongsian di audio siar Ubai Sentral, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28, mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik artikel berserta foto dengan mendakwa dia dan isteri sudah berpisah.
Seminggu selepas saya kahwin…’Shila Amzah sah bercerai.’
Gambar saya dengan Shila, tapi bila saya klik rupanya artikel lama.
Menurut Ubai, artikel itu telah mengundang pelbagai kecaman terhadap dia dan Shila berikutan rata-rata warganet tidak membuka pautan tersebut atau membaca keseluruhan kandungan.
Komen-komen di bawah hantaran itu banyak yang negatif. Ada yang komen, ‘Aku dah cakap budak Ubai ini bodoh’ dan ‘Shila degil’.
Mereka (netizen) tak klik pun artikel itu.
Berang dengan fitnah tersebut, Ubai pada awalnya mahu mengambil tindakan undang-undang namun Shila menasihatinya supaya tidak berbuat demikian.
Kalau ikut baran, memang nak saman. Tapi isteri saya pujuk saya dan minta biarkan ia sahaja.
Kata Shila, kalau perkara seperti ini berlaku, biarlah urusan mereka dengan tuhan.
Biar mereka sedar betapa sukarnya apabila masih mempunyai fitnah terhadap orang lain yang belum diselesaikan.
Bagaimanapun, Ubai berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap mana-mana penyebar fitnah terutama yang mengaitkan isteri dan anak-anaknya.
Tulislah apa sahaja tentang saya. Tetapi kalau satu hari nanti saya hilang sabar, jangan sesekali sentuh isteri dan anak saya.
Tunggulah surat saman sampai.
Untuk rekod, Shila dan Ubai berkahwin pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira berusia dua tahun.
Shila juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Seth Uwais hasil perkahwinan dengan bekas suami Haris Edraki.
Sumber: TikTok








