berita

Ubai MZ Jatuh Hati Pada Shila Amzah Lepas Dengar Lagu Patah Seribu -‘Waktu Itu Tingkatan 1’

August 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Shila Amzah, Ubai

Pempengaruh media sosial, Ubai MZ mendedahkan dia mula jatuh hati pada isterinya, Shila Amzah ketika penyanyi itu melancarkan lagu Patah Seribu pada tahun 2011.

Artikel Berkaitan: ‘Mak Percaya Ubai Boleh Bimbing Shila & Anak-Anak Akan Datang’ – Fauziah Sarman

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Sah Milik Ubai Dengan Sekali Lafaz, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu

Minat sejak 13 tahun

Shila Amzah, Ubai

Memetik Harian Metro, Ubai berkata ketika tahun 2011 usianya baru sahaja mencecah 13 tahun dan masih lagi dibangku sekolah.

Malah, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkifle berkata, dia sanggup menabung untuk membeli album isterinya.

Saya memang minat dia. Waktu itu saya tingkatan satu dah letak DP (Display Picture) Shila. Apabila Shila kahwin tiba-tiba, saya macam terkejut juga. Tak ada angin, tak ada cerita tiba-tiba kahwin.

Dulu duit belanja sekolah RM3 merangkumi tambang bas dan makan. Dari situ saya simpan duit beli album Shila. Dah beli mak marah kerana setiap hari pasang.

Saya juga suka lagunya bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Antara tiga itu, saya hanya nampak potensi saya boleh mendapatkan Shila.

Dalam masa sama, pempengaruh berusia 25 tahun itu berkata, dia juga telah melakukan beberapa usaha untuk mendekati Shila. Antaranya, menceburkan diri dengan bekerja dalam bidang media.

Jadi, dari situ saya minat padanya dan mula mengorak langkah bekerja sebagai media bagi memenuhi impian untuk berjumpa Shila.

Saya juga cuba mendekatinya menerusi TikTok, kemudian ada program All Together Now Malaysia dan saya cuba sertai.

Usaha ini membuahkan hasil apabila ia menjadi pembuka jalan perkenalan perhubungan kami dan seterusnya makin akrab.

Itu perjalanan yang Allah sudah atur untuk saya dan Shila. Alhamdulillah cantik. Saya tidak pernah menyangka dari hubungan sebagai peminat dan penyanyi, kami kini bergelar suami isteri.

Pada 6 Ogos lalu, Ubai dan Shila selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat pukul 10.28 pagi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Haji Mohamad Khairi Husin dan berwalikan bapa Shila, Amir Amzah Salleh, 62, atau lebih dikenali sebagai Datuk ND Lala dalam sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse, Ampang.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 33, telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×