![[VIDEO] Linda Rafar Sebak Anak Selesai Duduki SPM – ‘Cepatnya Masa Berlalu, Masih Teringat Dia Masa Darjah Satu’](https://asset.ohbulan.com/2025/12/befunky_2025-11-3_17-55-12.jpg)
Penyanyi Linda Rafar meluahkan rasa sebak apabila cahaya matanya, Syed Rezaqiib sudah pun selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Artikel Berkaitan: ‘Bila Tengok Aril Je, Mama Rasa Emo Sikit’ – Linda Rafar Rindu Arwah Memen
Artikel Berkaitan: ‘Saya Memaafkan Sesiapa Sahaja Yang Berkata Buruk Terhadap Diri Saya’ – Linda Rafar
Anak sudah membesar

Menerusi perkongsian di Threads, Linda atau nama lengkapnya Azlinda Abdul Rafar, 47, berkongsi video yang memaparkan momen-momen ketika dia dan suami, Syed Aiman meraikan anak mereka di sekolah.
Dalam masa sama, Linda turut mengimbas kembali detik semasa dia menghantar Rezaqiib ke sekolah rendah.
MasyaAllah, cepatnya masa berlalu, masih teringat masukkan Aqiib sekolah darjah satu.
Setiap hari mama dan arwah mak datang kantin sekolah tunggu dan teman Aqiib.
Kalau tak datang, Aqiib takkan datang dan duduk di tepi pokok tunggu sambil menangis.
Ya Allah hari ini Aqiib dah habis SPM, menangis mama.
Sementara itu, pelantun lagu Hak Milik Kekal tersebut juga menitipkan doa buat putera kesayangannya agar sentiasa memperoleh kejayaan.
Mama doakan Aqiib terus menjadi anak-anak yang soleh, taat pada Allah dan berjaya dunia akhirat.
Untuk info, Linda pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas pelumba kereta, Keifli Othman dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rezaril Keiflin dan Allahyarham Rezaimen Keiflin.
Linda kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon Syed Aiman. Menerusi perkahwinan tersebut mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Syed Rezaqiib, Syed Rezariiq dan Syed Rezaliif.
Sumber: Threads








